Ayat 14
Dari itu fahaman
mengatakan sakit itu suatu benda yang berlainan dan terpisah dari
hidup seseorang itu tidak munasabah. Sakit atau penyakit ialah sesuatu
keadaan bukan benda, iaitu satu hal yang mempunyai sebab atau punca
dan akibat yang boleh diketahui hatta orang yang tidak berlatih; apa
lagi bagi mereka yang terlatih.
Ayat 15
Tubuh dan kuasa hayat
adalah satu dan tidak dua. Tubuh dan kuasa hayat itu disebutkan dua
hanyalah untuk memberikan fahaman, atau untuk dimudahkan sahaja.
Kedua-duanya itu bertalian seperti juga pencipta dan karyanya. Adapun
perubahan mobid yang lahir keluar dan nampak menerusi semboyan itu,
dan kuasa tenaga hayat tubuh yang ujud di dalam tubuh yang sihat yang
tidak nampak adalah satu dan sama.
Ayat 16
Tenaga Kuasa Hayat itu
tidak betul setelah diganggu oleh tenaga mobid. Oleh itu tenaga
penawar yang dinamik hendaklah digunakan bagi maksud penyembuhan.
Hidup ini terdiri dari kiamik yang
seni, hanyalah dengan daya seni boleh menukar proses atau mengatur
kembali perkara-perkara yang telah tersilap.
Ayat 17
Kuasa hayat menyembuhkan
semua idapan-idapan, menghilangkan semboyan yang nampak, menghapuskan
penyakit itu semua sekali. Inilah yang dikatakan sembuh.
|