Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 186

Surgeri perlu digunakan bagi membetulkan mana-mana yang patah dan luka, cacat dan penyakit-penyakit yang tidak boleh dengan kajian penyakit (pathology). Idapan-idapan yang berlaku disebabkan punca dari luka, hendaklah diberi ubat dari dalam seperti Arn, Ruta, Ledum, Hypericum dan lain-lain.

Ayat 187

Tetapi penyakit-penyakit yang lahir itu berpunca dari tidak sihat di dalam, tidak boleh disembuhkan dengan surgeri.

Ayat 188

Adapun penyakit-penyakit yang menjelma keluar itu disangka berasing, adalah datang dari dalam tubuh itu sendiri.

Ayat 189

Penyakit-penyakit yang dinampak tidak boleh dikatakan sebab dan akibat. Tetapi ia adalah natijah dari sebab batin, kerosakan kuasa hayat yang di dalam.

Ayat 190

Langkah menyembuhkan mestilah menuju kepada punca sebab dan bukannya akibat.

Ayat 191

Ubat-ubat Homeopathy, bila diberi ia bekerja di dalam, tidak perlu ditolong dengan ubat-ubat luaran.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012