Ayat 192
Bila mengubat
penyakit-penyakit yang jelas ditubuh maka keadaan umum idapan itu
perlu disiasat.
Ayat 193
Penyakit-penyakit ini
boleh disembuhkan dengan satu ubat sahaja jika pemilihan itu sesuai
diulang-ulang dengan dos yang tepat, dengan syarat penyakit itu tidak
dikacau atau dikusutkan dengan ubat-ubat yang merbahaya.
Ayat 194
Penyakit-penyakit acute
atau chronic yang menjelma keluar seperti basel api (erysipelas),
meroyak (ulcer), paru (chancere), demam campak, ketuat, penyakit
perempuan (venereal warts), demam balun atau demam campak tidak boleh
diberi ubat dari luar. Tetapi kes-kes penyakit yang tidak jelas
semboyan menunjukkan ubat-ubatnya, maka siasatlah semboyan atau
sejarah idapan chronicnya, Psora, Syphilis atau Sycosis.
Semboyan-semboyan penyakit chronic adalah dari pesakit itu sendiri
bukan apa sakit yang didapatinya. Penyakit chronic ini hendaklah
disembuhkan terlebih dahulu sebelum penyakit-penyakit yang didapatinya
yang boleh dipulihkan.
Ayat 195
Penyakit acute yang
mempunyai semboyan-semboyan yang luar biasa atau ganjil,
penawar-penawar yang hendak menyembuhkan penyakit-penyakit itu
dikehendaki jenis antipsoric.
|