Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 196

Penggunaan ubat-ubat luar (local use) yang seraksi bolehlah dimaafkan dan munasabah (tidak satu kemestian).

Ayat 197

Pemakaian ubat luar mencepatkan hilangnya penjelmaan yang luar itu lebih cepat lagi daripada penyakit bahagian dalam yang mengganggu kemajuan kesembuhan yang sempurna.

Ayat 198

Sepertimana pemakaian ubat-ubat seraksi di bahagian luar yang termasuk rawatan terhadap penyakit-penyakit gonorrhea, chancere (paru), ketuat sycotic atau penyakit perempuan tidak akan menghilangkan idapan penyakit di dalam tetapi menyebabkan terjadi semboyan peringkat kedua. Penyakit perempuan (Venereal) dengan cara membenamkan yang diamalkan oleh tabib-tabib maka manusia diserang oleh penyakit baka (constitutional disease) yang melahirkan penjelmaan yang dipanggil berbagai-bagai nama seperti gila, barah, batuk kering, perbuatan jahat (delinquency) dan jenayah. Perbuatan jenayah atau gejala-gejala antisosial adalah kesan langsung dari tidak betulnya alat-alat tubuh dalam, yang mana mempengaruhi fikiran seperti emosi atau kecerdasan otaknya. Fikiran-fikiran yang terganggu ialah disebabkan oleh Chronic Miasm hingga melahirkan perbuatan yang abnormal dan tabiat biadab.

Ayat 199

Lebih-lebih lagi dengan mengecam penjelmaan yang di luar itu bukan sahaja mengusutkan penyakit tetapi menghalang dan menjadikan payah diubat dan disembuhkan, di antaranya sama sekali tidak boleh disembuhkan.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012