Ayat 200
Ujudnya penjelmaan luar
adalah sebagai petunjuk kepada hasil pengubatan penyakit dengan
Homeopathic. Hilangnya penjelmaan ini dengan perlahan-lahan maka
berikutlah kesembuhan.
Ayat 201
Semboyan-semboyan yang di
luar boleh memberhentikan idapan yang di dalam tanpa diubat,
sebagaimana tumbuh psora, paru-paru syphilis (Chancere of syphilis)
atau ketumbuhan sycosis (condylomata of Sycosis). Penjelmaan di luar
ini melegakan gangguan di dalam dan hendaklah dibiarkan sahaja tanpa
diganggu di waktu proses penyembuhan. Penjelmaan akan hilang apabila
kesembuhan tercapai.
Ayat 202
Menghilangkan penyakit
yang di luar tidaklah bermakna menolak penyakit itu ke dalam, tetapi
memaksa penyakit yang di dalam itu bertambah penjelmaannya serta
semboyannya. Penyakit yang telah menjelma tadi tidak boleh disembuhkan
hingga semboyan penjelmaan itu lahir keluar semula.
Kenyataan ini jelas bagi
penyakit-penyakit acute yang tumbuh bintik-bintik (eruption). Demam
campak dikatakan sembuh sehingga apabila timbul bintik-bintik. Kalau
bintik-bintik ini dibenamkan oleh kerana sesuatu sebab maka mestilah
dibongkarkan kembali sebelum kesembuhannya diperolehi.
Bukti kebenaran ini bagi
semua penyakit sama ada yang acute atau chronic yang mempunyai
penjelmaan peringkat pertama dan tabiat kerosakannya. Semua penyakit
ini sembuh tidak ada lain jalan kecuali
semua
penyakit yang hendak dicapai kesembuhannya, iaitu menolak keluar
gangguannya yang pertama.
Ayat 203
Kebiasaan menghilangkan
gatal-gatal yang tumbuh mengancam paru-paru, meroyak (ulcers),
membuang ketumbuhan ketuat dan membenamkan nanah gonorrhea, akibatnya
adalah buruk, hasilnya manusia diserang idapan chronic yang tidak
terperi lagi, yang mana tidak dapat dielakkan kecuali memulihkan
kembali serangan asasnya dengan rawatan Homeopathy.
|