Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 207      

Penyakit chronic yang dalam ini boleh jadi kusut dan tidak betul disebabkan ubat-ubat Allopathy yang terdahulunya. Kiranya boleh, mestilah ditentukan apa-apa ubat yang telah digunakan dan kesan-kesan yang telah dilahirkan.

Kesan ubat ini mestilah dimatikan dengan sedapat mungkin.

Ayat 208

Umur penyakit, cara hidup, makanan, pekerjaan, suasana rumahtangga mestilah diketahui, fikiran dan perangainya hendaklah diperhatikan.

Ayat 209

Sesudah penyiasatan yang paling rapi dan dipandu dengan semboyan-semboyan yang paling ketara dan luar biasa, penawar yang serupa dengan semboyan-semboyan itu hendaklah dipilih terutama dari anti-psoric, anti-syphilitic dan anti-sycotic sebagaimana jumlah semboyan-semboyan kes itu menghendakinya.

Ayat 210

Penyakit-penyakit otak adalah menunjukkan sebahagian dari penyakit-penyakit chronic, semboyan otak yang tidak betul itu menghalang penjelmaan semboyan-semboyan fiziknya.

Ayat 211

Keadaan fikiran pesakit-pesakit itu dan perangainya walaupun sedikit tidak boleh lalai dari perhatian tabib-tabib.

 

 

HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012