Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 22

Penyakit itu menjelmakan jumlah semboyan-semboyan. Kerja ubat pula melahirkan jumlah, tanda dan semboyannya. Ubat hendaklah diberi sebagai penawar yang mesti seraksi atau semboyan yang berlawanan penyakitnya (kalau panas lawannya panas).

Ayat 23

Banyak pengalaman telah membuktikan ia itu kaedah membenamkan penyakit yang dipakai oleh Allopathy sebagai ubat, tidak boleh bekerja menyembuhkan, sebaliknya mendatangkan semboyan yang berlawanan yang mana menghilangkan sakit itu sebentar sahaja, atau natijah membenamkan atau mengusutkan penyakit itu, bahkan tidak menyembuhkan sama sekali.

Ayat 24

Oleh kerana itu tidak ada lain cara memberi ubat-ubat bagi mengubati penyakit ialah dengan kaedah Homeopathy, iaitu ubat yang dipilih mengikut jumlah semboyan. Ubat-ubat mestilah berkuasa melahirkan sakit buatan yang serupa dengan penyakit asal.

 Ayat 25

Banyak pengalaman telah membuktikan, bahawa ubat yang telah dipotensikan, iaitu yang ada daya seni yang akan menyembuhkan jumlah semboyan penyakit yang serupa dengan jumlah semboyan kerja ubat (Similimum Similibus Curentur).

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012