Ayat 230
Ubat-ubat Homeopathy
yang sedikit sahaja dosnya akan menyembuhkan dari ubat-ubat Allopathic
yang tekun diberikan. Kejayaan yang utama sekali bagi ubat Homeopathy
ialah kejayaan mengubati penyakit otak yang chronic.
Ayat 231
Penyakit yang
berulang-ulang, bermasa-masa, mendatang-datang berkehendakkan
perhatian yang istimewa.
Ayat 232
Penyakit yang
berganti-ganti hendaklah diperhatikan selalu. Penyakit-penyakit itu
adalah hasil dari perkembangan psora yang telah kusut bercampur dengan
syphilis atau sycosis. Rawatan mestilah diteruskan berselang-selang
dengan anti-psoric, anti-sycotic atau anti-syphilitic.
Ayat 233
Penyakit yang jadi
dalam bentuk berulang-ulang yang diselang dengan keadaan sihat adalah
psoric.
Ayat 234
Penyakit yang datang
tidak disertai demam (non-febrile) adalah psoric, kadang-kadang
memerlukan kulit kuinin.
Ayat 235
Penyakit wabak atau
berkelompok-kelompok yang berulang adalah non-psoric, dan boleh
disembuhkan dengan penawar-penawar yang paling tepat di peringkat mula
kena, misalnya sejuk atau panas atau peringkat berpeluh atau yang
seiringannya.
|