Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 241

 Serangan-serangan acute dari penyakit-penyakit acute dalam satu kumpulan dari beberapa orang pesakit kelihatan seperti wabak yang berulang-ulang padahal ia bukan wabak yang berulang. Kalau satu-satu kes itu tidak dapat gambaran yang jelas, maka hendaklah dikumpulkan dari beberapa totaliti tadi dan cari mana semboyan yang utama dan ganjil, maka penawarnya akan sesuai dengan kumpulan gambaran-gambaran itu dan boleh mengatasi penyakit itu.

Penawar ini biasanya boleh melegakan kes-kes yang tidak kusut dengan psora.

Ayat 242

 Penyakit-penyakit acute ini yang berulang-ulang, kiranya tidak sembuh-sembuh atau dirosak oleh ubat Allopathic akan menjadi sifatnya chronic wabak berulang-ulang yang terjadi pada satu-satu masa, tetapi dengan penawar Sulphur yang sedikit dan selalu diulang-ulangkan dengan jarak tempoh yang lama, ia boleh disembuhkan.

Ayat 243

 Oleh kerana kerap serangan acute sebelumnya maka psora telah menjadi tersembunyi (latent), apabila psora ini telah menjelma dengan penawar anti-psoric sahaja boleh melegakan.

Ayat 244

 Kesembuhan hasil dari pertukaran hawa hanya pada lahir sahaja. Miasm-miasm chronic terus tetap tersembunyi, penawar antipsoric sangatlah mustahak untuk menyembuhkan.

Ayat 245

 Bila tercapai kemajuan pemulihan, ulangan penawar akan bertentangan.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012