Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 246

 Kesan kesembuhan tiap-tiap penawar itu boleh terus hingga 10, 20, 30, 40 atau sehingga seratus hari. Hasil yang baik boleh didapati dengan mengikut 3 syarat berikut:

1. Pilih penawar yang sesuai sekali - Similimum.

2. Gunakan dos yang paling sedikit yang boleh mendatangkan perubahan - Minimum.

3. Ulang tiap-tiap satu penawar itu pada tempoh tertentu - simple.

Amalan ini akan mendapatkan natijah yang paling baik.

Ayat 247

 Bagi penyakit-penyakit chronic dos boleh diulangkan dalam 7, 14, 12, 10, 7, tetapi kes-kes yang acute dos bolehlah diulangkan dalam jarak tempoh yang singkat iaitu 24, 12, 3 atau 4 jam sekali. Dan yang paling acute pula 1 atau 2 jam sekali atau setiap 5 minit sekali bergantung kepada nature penyakit dan ubat. Untuk mendapatkan maklumat yang cepat daripada masa pengecaman yang lama itu maka Hahnemann menasihatkan supaya mengulang dos yang sesuai dengan beransur-ansur ditinggikan potensinya. Pindaan perenggan ini di dalam cetakan keenam hendaklah dikaji benar-benar. Nasihat meninggikan potensi ini ditegaskan lagi dalam perenggan berikut.

Ayat 248

 Penawar yang sama hendaklah diulangkan hingga kesembuhan tercapai. Di masa itu kalau penyakit bertukar semboyannya menjadi kusut, ubat lain hendaklah dipilih.

Ayat 250

 Kesalahan dalam memberikan ubat mestilah diperbaiki dengan mematikan ubat itu, dan kes ini hendaklah diulangkaji dengan sangat teliti (adalah sukacita diketahui bahawa Hahnemann sendiri mengakui kemungkinan berlakunya kesilapan dalam memilih penawar).

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012