Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 251

 Kalau sesuatu penawar yang telah dipilih dengan cermat gagal menghasilkan kebaikan, periksa perangai hidup pesakit itu. Pengaruh yang merosakkan hendaklah dihilangkan bagi mencepatkan kesembuhan yang kekal.

Ayat 253

 Kepulihan pertama biasanya tidak begitu ketara. Kadang-kadang pulih itu dirasakan sama ada perangai atau rasa senang oleh penyakit itu. Pesakit menerangkan bahawa ia rasa mengurang walaupun pada pandangan seseorang pemerhati ia tidak berubah. Tanda melarat juga diketahui pada perasaan pesakit itu.

Ayat 254

 Tabib mestilah membuat pengecaman sendiri bukan dari laporan pesakit atau sahabatnya, kerana mereka tidak boleh membezakan mana satu melongkah atau melarat.

Ayat 255

 Setengah-setengah kes itu kebenarannya didapati ialah membandingkan dengan cermat, keadaan pesakit itu dengan rekod asalnya. Kalau perubahan tidak ditemui kecuali berubah air muka atau kurang kegelisahan bermakna lega bermula. Tetapi kalau perubahan pulih itu lambat periksa kembali aturan makan atau potensi penawar yang telah dipilih itu.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012