Ayat 256
Bagaimanapun kalau
..ada
semboyan baru dan mustahak yang tidak disampaikan dahulu sungguhpun ia
menjadi baharu ia terasa pulih, janganlah tertipu dengan dakwaan itu,
sebab setengah-setengah pesakit itu sangat optimis waktu menghadapi
ajal. Satu perubahan kepada melarat tetap berlaku. Satu penawar lain
mestilah dipilihkan, kalau tidak kesembuhan sukar tercapai.
Ayat 257
Janganlah dibiarkan
penawar-penawar tertentu menjadi kegemaran dan membiarkan yang lain.
Ayat 258
Apabila hasil tidak
memuaskan kerana kelalaian memilih ubat janganlah merendahkan
satu-satu penawar.
Ayat 259
Aturan makanan pesakit itu
dan aturan hidupnya janganlah menghalang kerja-kerja khasiat penawar
Homeopathy. Elakkan dari semua ubat-ubat yang mempengaruhinya.
Ayat 260
Bagi penyakit-penyakit
chronic perhatian hendaklah dijalankan bagi mengelak sebarang yang
melemahkan kesembuhan itu seperti cara hidupnya atau pengaruh perosak
seperti kopi, tembakau, alkohol, seks melampau, susah hati, cemas,
makanan yang rosak, ketagih ubat, garam, pil-pil dan minyak jarak.
|