Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 267

 Air-air pokok tumbuh-tumbuhan yang diperah hendaklah disimpan dalam alkohol, ditutup rapat dan dielakkan dari cahaya matahari supaya khasiat penawarnya itu tidak hilang.

Ayat 268

 Kulit-kulit, biji-biji, akar-akar kayu dan tepungnya tidak boleh digunakan tanpa ditentukan terlebih dahulu keaslian dan kesegarannya apabila hendak dijadikan ubat.

Ayat 269

 Benda-benda ubat yang mentah menjadi kuat yang tak terbatas dengan dipertajamkan kuasanya (potentization). Ubat-ubat dalam bentuk yang biasa tidak berkuasa tetapi setelah diproses dengan potentize baru menjadi penawar yang berdaya. Penyiasatan moden terdapat tentang bukti-bukti Infinitesimal ini.

Terjumpanya tenaga radium, menyingkap alam sarjana, membuka lembaran baru kepada pemikir-pemikir sains kepada perkara-perkara baru yang di luar alam fizik. Ulasan cell atau atom, dan elektron tidak lagi satu dongeng. Ia melahirkan tenaga yang hidup yang tidak mati. Benda-benda itu tidaklah boleh dikatakan menjadi halus, tetapi ia menjadi halus tentang kekuatan tenaganya. Tenaga radioaktif menunjukkan bukti bagaimana ujud dalam atom. Kimia-kimia cell dan kerja-kerja daya potensi yang selama ini menjadi satu perkara agak-agak tetapi pada hari ini sudah difahamkan.

Dalam kimia-kimia cell itu ujud daya tenaga kehidupan inorgenik pada tubuh memerlukan potensi-potensi. Tabii telah melahirkan daya kekuatan di dalam ion dan elektron bagi mencergaskan alat-alat tubuh.

Homeopathy mempertajamkan kuasa unsur-unsur ubat itu dengan kaedah hitungan bagi melahirkan kekuatan dinamik ubat itu supaya boleh digunakan kimia-kimia cell itu. Kimia-kimia cell itu ialah berbentuk infinitesimal iaitu bahan-bahan unsur yang mentah kuasanya. Oleh itu Hahnemannlah dengan cermat dan teliti memproses rahsia-rahsia tabii dengan mempotentized ubat-ubat dan dengan itu membetulkan kesilapan-kesilapan tabii.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012