Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 26

Undang-undang homeopathy ini diiktiraf tetapi tidak diisytiharkan, kadang-kadang digunakan secara tidak disedari dan dapat diperhatikan ia bekerja, apabila penyakit yang serupa menjelma pada orang lain.

Ayat 27

Dari itu kuasa penyembuhan tiap-tiap penawar itu yang lebih tepat bergantung kepada daya melahirkan semboyan yang serupa dengan penyakit.

Ayat 28

Undang-undang kesembuhan tabii ini telahpun dijalankan oleh tiap-tiap ujian yang tulin dan pengalaman yang betul serta jujur, melahirkan satu kejayaan yang luar biasa dalam lapangan sains amali. Bagaimanapun satu huraian yang saintifik telah dicuba  bagi menerangkan cara-cara kerja ubat itu adalah tidak mustahak. Rahsia tabii ini tidak boleh dihuraikan oleh manusia, kecuali ia boleh melihat, dengar dan menggunakan otak tetapi dia tidak boleh mengerti.

Ayat 29

Bagaimanapun keterangan di bawah ini membuktikan iaitu bagi mendapatkan kesembuhan dari sesuatu ubat, maka ubat yang hendak dipilih dan hendak dijadikan penawar itu akan menambahkan bidasan kuasa penyembuhan pada tubuh-tubuh yang sakit dengan memasukkan ubat-ubat itu kepada kuasa hayat hingga menimbulkan sakit buatan yang serupa kesannya dengan penyakit yang hendak disembuhkan. Penawar yang mesti diberi itu hendaklah berpotensi lebih kekuatannya dan bidasan anggota tubuh itu. Lalu ubat-ubat Homeopathy dengan menimbulkan ransang reaksi itu menghilangkan penyakit-penyakit tanpa menambahkan rasa tak senang apabila dos yang sesuai diberi dan diulangkan.

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012