Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 270

 Di sini secara ringkas teknik mempertajamkan kuasa penawar (potentization).

Dua titik air tumbuh-tumbuhan yang segar yang telah diperah, dicampur dengan 98 titik (2 + 98) alkohol di dalam sebuah botol yang bertutup rapat, digenggam kuat-kuat dan digoncang ke satu tempat yang melantun. Ini menjadi satu potensi yang pertama satu peratus (1/100).

Kemudian proses ini diulangkan 99 (sembilan puluh sembilan) kali berturut-turut di dalam botol yang dicampurkan 99 titik alkohol kira-kira tiga suku penuh. (kami jangka ini salah taip dalam manuskrip asal)

Dari botol yang kedua ini diambil setitik kemudian digoncang kuat-kuat dua kali hinggalah seterusnya berulang kepada botol yang ketiga pula. Botol yang ketiga itu ialah mengandungi potensi yang ke 30. Potensi mengikut kaedah perpuluhan dibuat seperti di atas jua kecuali bahagiannya ialah 1 dengan 9. Potansi ini disebut X iaitu satu 1X, 2X, 3X, 4X, 5X, 6X dan lain-lain.

 Ayat 271

Semua bahan-bahan benda ubat yang didapati dalam bentuk yang kering seperti batu-batu (metals), galian (minerals), garam-garam, hendaklah dipotentizekan hingga potensi yang ketiga dengan cara trituration selama 3 jam, bagi tiga kali berturut-turut dengan sebahagian dari benda ini dicampurkan dengan sebahagian benda ini dengan 99 bahagian pati susu (sugar of milk). Daripada trituration yang ketiga tadi satu gram daripadanya digoncangkan melalui 27 botol sebagaimana caranya yang telah disebutkan di atas.

Ayat 272

Bagi mengubat penyakit hanya memerlukan satu bahan ubat sahaja pada satu masa bagi satu rawatan.

Ayat 273

Ubat-ubat yang bercampur-campur tidak begitu ma’kul.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012