Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 274

 Tidaklah mustahak memberikan ubat yang berbagai-bagai sedang yang sedikitpun sudah menyampaikan tujuan. Terlalu banyak ubat yang diberikan pada satu rawatan akan mengancam kuasa hayat, menawar kuasa-kuasa ubat, merosakkan keadaan penyakit-penyakit itu, menghalang gambaran yang sebenarnya penyakit-penyakit itu, mengajar tabib-tabib itu menimbulkan fikiran, jiwa lucah pada ubat-ubat, menanamkan perangai kurang cermat dan merendahkan maruah di kalangan ahli perubatan.

Ayat 275

 Dos dan penawarnya mestilah sesuai dengan kesnya.

Ayat 276

 Aggravation bagi Homeopathic adalah buruk jika melampau dan akan menimbulkan letih pada pesakit itu sebagaimana kekuatan ubat-ubat Allopathic.

Ayat 277

 Oleh itu penawar Homeopathic mestilah dikurangkan dosnya dan ulangannya supaya melaratnya tidak menjadi satu penyakit.

Ayat 278

 Undang-undang memakaikan dos belum dipersoalkan oleh pengalaman-pengalaman tertentu.

Ayat 279

 Pengalaman membuktikan bahawa ubat Homeopathy yang dipilih tidaklah boleh terlalu sangat halus sehingga rendah kekuatannya dari penyakit yang hendak diubat atau hilang tenaganya bagi menyembuhkan penyakit. Setidak-tidaknya sebahagian dari ubat itu syaratnya dos itu apabila dimakan boleh menyebabkan penambahan semboyan penyakit asal yang serupa.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012