Ayat 30
Biasanya kerja ubat-ubat
itu lebih tepat dan positif dari pengaruh gejala (morbific). Penyakit
campak atau penyakit yang berjangkit boleh dicegah (immunity) tetapi
aconite atau ubat-ubat lain yang kuat tidak boleh dicegah.
Ayat 31
Kesan dan semboyan yang
ditimbulkan oleh pengaruh dari gejala-gejala (morbific influence)
bergantung kepada penerima rasa (susceptibility) seseorang itu.
Penerimaan itu menekankan gangguan alat tubuh. Gangguan dan kelemahan
sahsiah atas pertimbangan terutama dapat dikaji dari segi aturan hidup,
bakteria dan gejala potensi ubat dalam hal berjangkit menjadi masalah
kedua. Bagi tubuh seseorang yang sihat tidak mudah dijangkiti. Di
musim wabak sebahagian besar orang kena serangan hanya sebahagian
kecil sahaja dijangka tidak diserang oleh wabak.
Ayat 32
Kerja-kerja ubat tetap
tidak ada perubahan dan jarang sekali menggagalkan sebagaimana menurut
undang-undang alam sendiri. Kiranya kuasa ubat itu tidak ada maka ia
tidak akan menjadi satu dalil sains.
Ayat 33
Ubat-ubat lebih banyak
bekerja merubahkan rasa dan perasaan alat-alat tubuh daripada
anasir-anasir perosak lain. |