Ayat 40
iii) Bila dua penyakit yang tidak serupa tidak boleh menghapuskan
antara satu dengan lain, penyakit ini boleh ujud sekaligus dalam
tubuh manusia yang sama. Tiap-tiap penyakit itu memilih anggota tubuh
tertentu dengan menjelma menurut tabiat yang tersendiri.
Ayat 41
Pemakaian ubat-ubat yang tidak sesuai, melahirkan penyakit buatan yang
tidak serupa, mengusutkan penyakit itu dan menyebabkan sukar
disembuhkan walaupun penyakit asal mudah disembuhkan. Dengan
menggunakan ubat-ubat patent yang tidak terbatas, mengganggu kesihatan
umum, menambahkan penderitaan dan idapan chronic. Ubat-ubat pelongkah
sentiasa adalah satu penipuan sahaja dan menyediakan tapak bagi
perkembangan penyakit chronic.
|