|
Ayat 59
Contoh-contoh bagi kesan
perubatan Allopathic mengatakan cirit-birit, sakit-sakit, batuk,
sembelit, kurang darah, kelemahan perut, gigil, panas, selsema, lumpuh
sebelah badan, darah membuak-buak ke kepala (dirawat dengan berbekam),
otak dan tubuh yang pejong, pukulan nadi yang cepat, pukulan nadi yang
lambat atau perlahan, kurang tidur dan lain-lain, adalah dilongkahkan
dengan sementara sahaja, yang berikutan pula dengan sakit yang
bertambah atau kusut.
Akibat ubat-ubat yang
telah menjadi penyakit, ini lalu jadi penyakit chronic yang sukar
sembuh, penyakit idap-idapan, gila telah berlipat ganda akibat dari
pemakaian ubat Allopathic bagi merawat pesakit. Hal malang ini telah
dideritai oleh mereka yang meminta pertolongan dari tabib-tabib yang
masyhur itu mudah diakui dan meluas.
Ayat 60
Akibat cara perubatan
Allopathic yang tak dapat dielakkan dengan membanyakkan dos, tidak
pernah menyembuhkan.
Ayat 61
Tabib-tabib Allopathic
mempunyai keyakinan tetapi kurang pengetahuan. Mereka tidak terlatih
sebagai pengecaman, maka terdapatlah kekurangan kenyataan. Apa yang
telah berlalu seperti di atas hendaklah menjadi pengetahuan biasa bagi
semua orang.
|
|