Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 6

Doktor itu mestilah faham iaitu apa juga perubahan dan semboyan yang dilihat, adalah penyakit seseorang itu, dan semboyan penyakit yang diketahui itu dari perasaan dan semboyannya hendaklah dikira bentuk jumlah (totality)nya. Jumlah semboyan itulah menandakan penyakitnya.

Ia juga perlu memerhatikan pada seseorang pengidap itu tentang perubahan akal, tubuh dan perasaan dengan jelas. Dalam memeriksa tiap-tiap penyakit doktor itu tidak boleh membuat spekulasi (mengadakan) tidak boleh prasangka dengan pengecaman yang lampau. Ia perlu mengecam bukan spekulasi. Harus sedar ruginya mengkhayal itu tanpa diasaskan dengan pengalaman.

Ayat 7

Penyakit tidak melahirkan punca-punca yang boleh dihilangkan, jumlah semboyan itu menjelma keluar membuktikan sakit atau rosak kuasa hayat dan tidak betul lagi kuasa hayat menghubungkan punca dan akibat. Hanya melalui semboyan-semboyan sahaja diketahui penyakit itu serta penawar yang seraksi. Bagi setiap penyakit jumlah semboyannya mesti diketahui dan dihilangkan dengan seni kesembuhan homeopathy. Dengan ini idapan dapat disembuhkan.

Ayat 8

Apabila semboyan itu hilang, maka kesihatan ujud. Sebab-sebab penyakit terhapus dan akibatnya pun ghaib.

Ayat 9

Semasa sihat kuasa hayatlah yang tertinggi dan mengatur hayat yang tak jejas oleh sebarang pengaruh merosak. Ia bekerja menyatukan tenaga proses dan tenaga hidup agar hayat dan perasaan harmoni, teratur, fikiran sejahtera, pancaindera cerdas dengan penerimaan yang kuat, dan normal. Waktu sakit kuasa hayat inilah yang telah berubah mobid potensi yang merubah

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012