Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

(Ayat 72 hingga 83, penyiasatan umum tentang penyakit)

Ayat 72

Penyakit-penyakit yang ganjil kepada manusia ada dua kumpulan. Pertama disebabkan proses perubahan yang berlaku pada kuasa hayat. Serangan yang sedemikian selalunya mengambil tempoh yang singkat, penyakit ini dinamakan acute. Kumpulan kedua ialah penyakit yang terjadi dari mulanya sedikit sahaja dan tidak ketara. Tetapi menjadi melarat menurut cara yang tersendiri, dengan kuat merosakkan alat-alat tubuh, melemahkan kesihatan dan berakhir dengan maut, kecuali dapat disembuhkan dengan seni kesembuhan Homeopathic menurut kaedah kesembuhan undang-undang tabii, semua ini dipanggil penyakit chronic dan berasal dari jangkitan oleh chronic miasm.

Chronic miasm telah dibincangkan dalam buku Hahnemann bertajuk “Chronic Diseases”. Hahnemann menimbulkan bahawa Syphilis itu ialah pokok dan punca sebab-sebab penyakit chronic yang lain dahulu sebelum Oskar mengusulkan pendapatnya yang masyhur “Kajilah syphilis dalam bentuk penjelmaannya dan cara-cara mengubatnya akan bertambah pada kau”.

Tetapi lanjutan pengetahuan tentang syphilis ini, Hahnemann telah mengetahui dua dasar penyakit chronic miasm iaitu psora dan sycosis. Tiap-tiap orang yang mengidap penyakit tidak semestinya chronic.

Ayat 73

Penyakit-penyakit acute bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian yang besar:

1. Penyakit acute buatan yang disebabkan oleh:

   a. terlampau tergesa.

   b. luka.

   c. terlalu lucah.

   d. ubat-ubat.

   e. terdedah.

   f. kesusahan hidupnya yang tidak teratur.

   g. keadaan kelilingnya yang tidak sihat.

 

2. Penyakit asli (keturunan) yang disebabkan oleh:

   a. Wabak (epidemic)

   b. Sekelompok (endemic)

   c. Idapan berkala/ bermasa (sporadic)

   d. Penyakit menular (contagious)

   e. Penyakit berjangkit (infectious)

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012