Sari Organon

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 82

 Penyakit psora tidak boleh diubat tanpa meneliti tiap-tiap sahsiah penyakit itu dengan tetap akan sakit chronicnya.

Ayat 83

 Setiap kes memerlukan gambaran yang tersendiri dan hendaklah dicatat dengan secara jujur dan tanpa prasangka. Tidak boleh menentukan bahawa psora itu akibat ubat gosok saja.

Ayat 84

 Pesakit dan pengasuhnya menghuraikan sejarah penyakit dan menghuraikan rasa dan perasaan, semboyan dan tabiat, tabib hendaklah memerhatikan dengan tepat, mendengar, menyentuh, mencium dan membiarkan pesakit itu menceritakan atau bercerita hingga selesai. Jangan biarkan ia menyimpang dari keterangan itu.

Ayat 85

 Tulis semua kenyataan semboyan itu.

Ayat 86

 Setelah selesai pesakit memberi keterangan, semak setiap kenyataan itu supaya tepat dicatat. Tentukan di mana arah bisanya, tabiat bisanya sama ada lama atau mendatang-mendatang atau setiap kali bergerak berasa sakit, keadaan melarat dan mengurangnya, atau bagaimana ia berasa hangat, sejuk udara, rehat, bergerak, menyandar, menekap, dipegang atau ditekan. Hendaklah diterang dengan lengkap tiap-tiap satu serangan tersebut.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012