Sari Organon

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 91

 Hendaklah disiasat setelah ubat diberikan berhubung dengan semboyan dan perasaan sebelum, sedang dan setelah ia makan ubat. Ingat janganlah dimasukkan semboyan ubat pada penyakit itu. Tabib-tabib Homeopathy boleh menjadi biasa atau kenal dengan ilmu semboyan dan mudah mengenal semboyan ubat. Berilah plasebo sahaja hingga semboyan ubat hilang. Semboyan ubat bila lahir bolehlah dimatikan dengan penawar yang sesuai.

Ayat 92

 Penyakit yang bercampur aduk dengan semboyan ubat amatlah susah menyembuhkannya daripada penyakit yang tidak dirosakkan oleh ubat-ubat berpotensi.

Ayat 93

 Cari sekiranya penyakit itu berpunca dari sebab-sebab yang memberangsangkan, racun, luka, merancap, melampaui seks, terlalu banyak makan atau minum arak, penyakit perempuan, pertikaian keluarga, perselisihan perkahwinan, penderitaan, burut, cacat hidung, sakit kerongkong, anak tekak jadi sebu atau geraham susu tidak tumbuh, kerosakan gigi, anak tekak, hidung atau pangkal tali perut, kerugian, marah, takut kurus, membujang (celibacy), gadis hilang nafsu jantina, rosak alat kelamin, perut bawah menurun atau anggota yang dipongkor dan lain-lain. Lihat kepada sebab yang boleh menghilangkannya.

Ayat 94

 Apabila menyiasat penyakit chronic, perangai hidup, hubungan keluarga, kesalahan-kesalahan kehidupan dan kesihatan, mestilah ditinjau untuk mendapatkan sekiranya sebab-sebab yang berlaku ada hubungannya dengan penyakit tersebut. Kalau ada sebab-sebabnya mestilah dihilangkan.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012