SE ULAS
PINANG
Sekali lagi kami daripada laman virtual
www.homeolibrary.com
membanting tulang mengusahakan rakaman tulisan/karya pengamal-pengamal
terdahulu (khususnya murid Dr. Burhanuddin al-Helmi) untuk
dipersembahkan kepada masyarakat Melayu di Malaysia, umumnya ke
pelusuk dunia bagi yang memahami bahasa Melayu lama.
Hasil rakaman ini tidak sekali-kali
bermotifkan bisnes, melainkan inisiatif ke arah memperkayakan khazanah
nasional peninggalan pengamal-pengamal yang telah meninggalkan kita.
Kami tidak dapat menerbitkan kesemuanya
dalam bentuk buku. Hal ini diputuskan setelah dipertimbangkan dari
segi kos kewangan, pasaran dan nilai ilmiah (mudah difahami) buku
tersebut.
Lagipun, untuk Organon Perubatan dalam
Bahasa Malaysia, saya sendiri telah membuat saringan yang lebih
terperinci sedikit (berbanding naskhah ini) berpandukan naskhah
Inggerisnya.
Hanya buat waktu ini, belum masanya
untuk diterbitkan.
Insya Allah, dengan izin Allah subhanahu
wa ta'ala, akan tiba masanya.
Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Malaysia Homeopathy Cyber Library
HBI Health & Homoeopathy Centre
21 Julai 2012
. |