267. Mengandungi arahan-arahan
bagaimana menyediakan ekstrak. Kita memperoleh kuasa dari tumbuh-tumbuhan segar
dengan cara mencampurkan jus segarnya dengan sebahagian alkohol yang cukup
kekuatannya. Air tumbuh-tumbuhan yang diperah hendaklah disimpan dalam alkohol,
ditutup rapat dan dijauhkan dari cahaya matahari supaya khasiat penawar itu
tidak hilang. Instructions for making extracts.
268. Bahan-bahan
yang tidak terdapat dalam bentuk segar seperti kulit, biji dan akar kayu tidak
boleh digunakan tanpa ditentukan terlebih dahulu keaslian dan kesegarannya
sebelum diambilguna.
With materials
that are not supplied fresh, you must be convinced that they are genuine.
269.
Penerangan mengenai perkuatan kuasa. "Sistem perubatan homeopati menghasilkans
kuasa ubat yang bersifat rohani dari bahan mentah menerusi suatu proses yang
istimewa yang tidak pernah didengar maupun dicuba sebelumnya. Hanya kaedah
sedemikian memberi kesan mendalam dan menyembuhkan walaupun bahan itu pada
asalnya tidak menunjukkan sebarang kuasa ubat ke atas tubuh manusia."
Description of potentization [conceptual]
|