Panduan Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

HBI Health & Homoeopathy Centre

PANDUAN ORGANON PERUBATAN

(Berasaskan tulisan Julian Winston) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(OUTLINE OF THE ORGANON - Julian Winston)

 

 

 

283. Doktor sejati akan hanya memberi preskripsi remedi yang dipilih dengan cermat dalam dos kecil yang cukup-cukup bagi menangani penyakit. Justeru sekiranya penawar yang dipreskripsikan itu tidak tepat, dos yang sangat kecil itu akan menghalang daripada kesan yang merosakkan.

 The true healing artist prescribes his well selected remedy only in a minute dose. If it is the wrong medicine, the smallness of the dose will prevent injurys.

283: Doktor sejati hanya mempreskripsi penawar pilihan yang tepat dalam dos kecil untuk mengelakkan daripada agravasi homeopati. "Justeru jika ia tersilap memberi penawar kerana kelemahan manusia, kesan kesilapannya berbanding dengan penyakit itu akan berupa sangat kecil sehingga pesakit (melalui tenaga hayatnya) atau tindakan meneutralkannya (lihat § 249) dengan memilih penawar yang menepati simptom, dapat menepis dan memperbaikinya".

 The true healing artist prescribes his well selected remedy only in a minute dose to avoid the homoeopathic aggravation. If it is the wrong medicine, the smallness of the dose will prevent injury

284: Tindakan satu-satu dos tidak merosot dalam nisbah yang sama dengan kuantiti bahan penawar yang terkandung di dalam cecair yang digunakan dalam praktik homeopati. Lapan titik bukannya empat kali ganda lebih kuat berbanding dua titik.

 The action of the dose does not diminish with quantity. Eight drops are not four times as strong as two drops.

284: Hidung dan organ-organ respiratori adalah reseptif dengan tindakan penawar-penawar. Begitu juga keseluruhan kulit sesuai dengan tindakan sediaan penawar, terutama bila digunakan bersama remedi yang diambil secara internal. Bahkan Dr. Hahnemann menjelaskan "Kuasa penawar yang bertindak ke atas bayi melalui susu ibu amat membantu. Setiap anak memberi respons kepada penawar homeopati yang dipilih dengan tepat yang diberikan secara sederhana kepada si ibu yang menyusu..."

 The nose and respiratory organs are receptive to the action of the medicines. The whole skin is also adapted to the action of medicinal solutions, especially when used with an internal remedy.

285: Pengecilan dos dalam amalan homeopati sangat perlu, begitu juga dengan pengurangan isi padu, contohnya seperti memberi satu globul.

 The diminution of the dose is essential, as is the diminishing of the volume, i.e., a single globule.

285: Dalam kes penyakit-penyakit yang lama, remedi itu boleh disapu di bahagian belakang, kedua lengan, juga ekstremiti, di samping turut diberikan secara internal. Tetapi "dia mestilah mengelak menyapu bahagian-bahagian yang sakit atau spasma, ataupun letusan kulit".

 In very old diseases, the remedy may be rubbed on the back, arms, and extremities, while being given internally.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre (Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD) 2012