Panduan Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

HBI Health & Homoeopathy Centre

PANDUAN ORGANON PERUBATAN

(Berasaskan tulisan Julian Winston) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(OUTLINE OF THE ORGANON - Julian Winston)

 

 

 

286: Lagi banyak kuantiti dos cecair yang dilarutkan (diminum), lagilah baik kerana ia akan sampai kepada lebih luas kawasan saraf yang sensitif yang akan memberi respons kepada tindakan penawar.

 The greater the quantity of fluid the dose is dissolved in, the better, since it comes into contact with more surface area.

286: Kuasa dinamik daya penarik mineral, elektrik dan perangsang galvanisme juga bertindak ke atas tenaga hayat. Kita tidak cukup arif mengenainya untuk menggunanya secara homeopati. Tindakannya yang asli dan positif ke atas tubuh belum lagi diuji.

 The dynamic forces of mineral magnets, electricity, and galvanism act upon the life principle. We don't know enough about them to use them homoeopathically. The positive, pure actions upon the body have not been tested.

287: Dengan cara mencairkan lagi maka kesannya akan berubah. Setiap orang mesti memutuskan sendiri bagaimana untuk mengurangkan dos agar dapat menjadikannya sesuai dengan pesakit-pesakit yang sensitif.

   By diluting it further the effect is changed. Each person must judge for himself how to diminish the dose to make them suitable for sensitive patients.

287: Kuasa-kuasa magnet bagi tujuan kesembuhan diringkaskan di dalam Materia Medica Pura.

 The powers of the magnet for healing purposes is outlined in the Materia Medica Pura.

288. Tindakan penawar-penawar dalam bentuk cecair mempunyai kuasa yang bersifat rohani. "Tindakan-penawar-penawar dalam bentuk cecair ke atas tubuh manusia hidup begitu sangat mendalam, bermula dari titik urat saraf yang sensitif di mana penawar itu menyentuh dengan amat pantas sehingga ke semua bahagian batang tubuh yang hidup, sehingga tindakan penawar seumpama itu pastilah dikuasai sesuatu yang bersifat rohani (dinamik, maya) - Nota kaki menjelaskan keberkesanan olfaksi.

 The actions of the medicines in liquid form are certainly spirit-like in power. (footnote describing the effectiveness of olfaction)

288: Hanemann menyentuh mengenai amalan mesmerisme dan animal magnetism sebagai suatu lagi kuasa kesembuhan kurniaan Tuhan yang boleh mempengaruhi tenaga hayat.

  Mesmerism and animal magnetism are also priceless gifts.

289: Tiap-tiap anggota dan sel-sel tubuh mempunyai tenaga tertentu dan berupaya menerima pengaruh penawar, lalu menyampaikan pengaruh itu kepada semua bahagian tubuh.

 Every part of the body that possess the sense of touch is capable of receiving the medicines.

289: Perbincangan mengenai kesan positif dan negatif amalan mesmerisme.

 Discussion of positive and negative mesmerism.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre (Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD) 2012