16. Pulsatilla (windflower):
Barangakali Pulsatilla adalah penawar yang paling kerap diberi kepada
kanak-kanak dan wanita oleh kerana ciri-ciri tertentu penawar ini.
Ia sesuai untuk kanak kanak yang selalu panas tetapi tidak tahan
terlalu sejuk, wanita yang boleh pengsan kalau pakai tudung terlalu
tebal, senang menangis, manja tetapi kadangkala garang, kanak-kanak
yang melekat dekat maknya.
Keadaan emosinya berubah dengan cepat tetapi ia ingin membuat apa yang
disukai orang.
Kanak-kanak yang sering menangis dan mahu didokong tetapi berbeza
dengan Chamomilla, kanak-kanak ini menangis manja sedangkan Chamomilla
menangis kemarahan!
Kerap kali pesakit Pulsatilla tidak suka makan dan tidak juga haus.
|