18. Staphisagria
Penawar Staphisagria juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa Staph
agak berbeza.
Selalunya ia timbul di kalangan isteri atau anak atau pekerja yang
mempunyai suami atau ibu/ayah, atau majikan yang garang. Si mangsa
geram di dalam dan bertindak secara mogok atau sekali sekala terlepas geram.
Seorang isteri yang sering mengidap migraine telah pulih dari penyakit
yang telah timbul beberapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya
merawatnya saya telah bertanya, apakah perasaan anda tentang
perkahwinan anda. Ia menjawab, saya terasa terperangkap tanpa jalan
keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan
perkataan-perkataan yang kesat dan si isteri cuma berdiam diri bila
dimarah. Malahan di depan saya pun
suaminya memarahi isterinya dengan cara yang garang.
Agak aneh kes ini sebab si isteri belajar bagaimana untuk meredai
marah suami bila ia mula dapat meluahkan perasaannya yang telah
lama berbuku. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini
menyebabkan si suami bertambah marah.
Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah ,ia boleh
balas
dengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab
mereka adalah pasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian.
|