Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

 

Pengenalan kepada Buku Ke Sepuluh:

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT

DAN

RAWATAN HOMEOPATI

(Buku ke Sepuluh 2013 - 15 Mac 2013)

 

oleh:  Admin Homeolibrary

 

Sejak mengenali homeopati pada tahun 1991 dan menerbitkan buku pertama pada tahun 1997, tugas yang digalas bagi mengembangkan ilmu perubatan homeopati melalui medium yang berbeza diteruskan tanpa menghirau badai dan taufan.

Onak dan ranjau yang dilalui, diharung oleh konsultan HBI dengan tenang (meskipun kadang-kadang dada bergelora), sehingga berjaya menerbitkan buku-buku bermutu (melalui Syarikat HBI), menjana pendidikan menerusi Malaysia Homeopathy Virtual Institute dan paling utama ialah Informasi Online menerusi laman Malaysia Homeopathy Cyber Library (homeolibrary.com) dan laman konsultan HBI (drhatta.com)

Objektif

Oleh kerana objektif asal dan utama Syarikat HBI Health & Homoeopathy Centre ialah untuk menyampaikan maklumat tepat, terbuka dan meluas berkaitan perubatan homeopati, usaha menerbitkan buku-buku homeopati secara berterusan menjadi agenda yang harus dipupuk terus-menerus.

Kini, lahirlah buku yang ke sepuluh terbitan HBI dan ditulis sendiri oleh konsultan, Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Buku itu kini dinamakan "Simptom-simptom Penyakit dan Rawatan Homeopati".

Sungguhpun benar sejak daripada awal penerbitan, buku-buku dijual dengan harga yang murah, namun hasil keluarannya mempunyai nilai ilmu dan standard bahasa sebagaimana yang dikehendaki (@ ditunjuki) oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Di sebalik apa yang disebutkan sebagai tribulasi dalam perjuangan, terdapat agak ramai teman-teman penulis HBI yang memberi semangat, memuji usaha gigih dan merangsang minat penulis supaya istiqamah di dalam inisiatif berkenaan. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebahagian daripada peminat dan pembekal buku-buku homeopati juga sentiasa bertanya dan menanti-nanti buku yang berikutnya (Selepas satu, satu lagi...).

Di kalangan pengamal itu, Dr. Suriya Othman sebagai tokoh utama yang menerajui ilmu yang kian dimartabatkan di institusi pendidikan tinggi di Malaysia bukan saja pernah menyarankan supaya penulis menterjemahkan buku-buku utama homeopati, tetapi menguatkan juga semangat dengan pesanan bahawa buku-buku homeopati adalah buku-buku yang bercorak ilmiah dan akademik. Justeru ia harus dan wajar diberikan harga yang setanding dengan buku-buku perubatan konvensional.

Meskipun kami teragak-agak dalam meletakkan harga bagi buku yang telah diperbaiki supaya sesuai dengan kualitinya (kendatipun tebalnya sekadar 128 halaman), kami telah mengambil pesanan tadi dan mencetak harga jualannya pada nilai RM35.00.

Sekarang terpulanglah kepada pengamal, pelajar, pengguna, pembeli dan masyarakat awam menilai harganya berbanding isi kandungan yang dihidangkan di dalamnya.

Kelainan

Di dalam setiap keluaran baru, kami sentiasa berusaha ke arah memberikan kelainan di setiap kali penerbitan. Ada yang berkisar tentang sejarah dan falsafah, ada yang berkaitan rawatan asas, kamus, penyakit kanak-kanak, penawar berasaskan herba, esei dan ada juga persembahan daripada karya-karya tokoh terdahulu seperti karya Dr. Burhanuddin.

Kali ini buku "Simptom-simptom Penyakit dan Rawatan Homeopati" seolah-olah mengulangi terbitan buku Penyakit Kanak-kanak dan Rawatan Homeopati". Namun ianya berbeza sama sekali.

Bukan sahaja ia tidak menumpukan kepada penyakit yang biasa dialami kanak-kanak, tetapi ia bersifat umum dan dibicarakan secara lebih meluas. Ia juga lebih bersifat membantu pembaca dalam memahami penyakit, menangani penyakit daripada berulang serta membantu memilih saranan remedi tertentu justeru tambahan di dalam bahagian Saranan Rawatan. Yakni kaedah rawatan terapeutik diberikan di akhir tiap bab.

Jika ada di antara bahan itu diambil daripada tulisan asal penulis di dalam majalah ataupun laman homeolibrary, tetapi bahan itu sudah diupgred dengan tambahan saranan rawatan ataupun perincian dalam rawatan terapeutik.

Dengan adanya perincian berkenaan, suatu nilai tambah telahpun dimasukkan kepada karya asal. Suatu nilai tambah kepada 23 buah artikel yang berkaitan dengan penyakit merupakan suatu tarnsformasi yang besar dalam buku yang ke sepuluh ini.

Menyingkap keseluruhan buku ini, terdapat 23 penyakit yang dihurai dengan ringkas dan padat sebagai pengetahuan asas. Penyakit-penyakit yang dimaksudkan itu ialah:

 

1

Anemia

7

2

Angin Pasang (Hernia)

11

3

Artritis

15

4

Batu Karang Ginjal

21

5

Campak

27

6

Chikugunya

33

7

Demam

39

8

Fibroid

45

9

Flatulens

49

10

Hemoroid (Buasir)

55

11

Influenza

61

12

Insomnia

67

13

Jerawat

71

14

Kencing Manis (Diabetes)

77

15

Keracunan Makanan

83

16

Menopaus

89

17

Obesiti

93

18

Osteoporosis

99

19

Penyakit Jantung

103

20

Pneumonia

109

21

Tinitus

115

22

Tonsilitis

119

23

Turun Rahim (Prolaps)

123

 

Buku ini juga dikatakan padat kerana setiap muka surat dimuatkan dengan maklumat-maklumat yang berguna untuk pengetahuan pembaca. Boleh dikatakan tiada muka surat yang ditinggalkan kosong tanpa diisikan dengan suatu informasi yang dijangka berguna bagi pembaca.

Contoh:

Nilai Buku

Jika pembaca melihat nilainya berasaskan ketebalan, maka tentulah buku ini boleh difotostat sahaja, kerana harganya pasti akan jauh lebih murah. Tetapi siapakah yang sanggup untuk menghasilkan karya sedemikian seandainya semata-mata ketebalan yang menjadi ukuran.

Mereka yang tahu nilai ilmunya pula akan membayar buku seperti itu dengan harga yang jauh lebih tinggi (agaknya?). Bagi mereka ini, nilai wang bukanlah sesuatu yang material dan perlu dipertikai.

Apa lagi buku ke sepuluh ini berbeza dengan buku-buku lain yang mungkin pernah ditulis.

Mungkin kita telah membaca artikel yang ditulis mengenai penyakit, tetapi bagaimana dengan saranan rawatan dan pencegahan? Atau terapeutiknya? Jika tidak ada atau ada sedikit, apakah yang hendak dirahsiakan daripada khazanah itu?

Mungkin ada juga buku terapeutik homeopati dalam bahasa Malaysia pernah kita jumpa, tetapi sejauh mana pula penerangan tentang penyakitnya? Atau tentang potensi dan kesesuaiannya.

Masalah Kita

Benar sekali kita akan peroleh lebih banyak ilmu jika kita rajin membaca dan mengkaji naskhah homeopati di dalam bahasa Inggeris. Hanya masalahnya, tidak semua daripada kalangan kita rajin membaca di dalam bahasa itu dan tidak semua masyarakat kita mahir memahami di dalam bahasa itu. Apa lagi pembaca daripada kalangan pengguna awam?

Di sinilah letaknya peranan HBI di dalam penyebaran ilmu perubatan homeopati di Malaysia. Dan di sini pulalah letaknya sumbangan besar pengamal dan konsultan HBI atau penulis buku ini (bukan maksud mengangkat tetapi untuk menjadikan tauladan).

Bukan kami tidak tawarkan kepada pengamal homeopati di Malaysia untuk menghantar karya atau hasil tulisan mereka untuk diterbitkan, tetapi amat sukar bagi kami dapatkan mereka yang sudi menghantar sesuatu karya yang sudah disemak untuk diedit sebelum diterbitkan.

Ini belum lagi kami utarakan tentang kos, dan berapa lama kami dapat sebagai pulangan bagi setiap buku yang diterbitkan. Inilah halangan terbesar yang menyebabkan tidak ada syarikat, penerbit ataupun pengamal ataupun klinik yang sanggup menerbitkan lebih daripada tiga tajuk buku berkaitan homeopati.

Komitmen

Kendatipun demikian, itulah komitmen kami. Selagi ajal belum memanggil, selagi itu usaha ini harus dilangsungkan.

Harus diingat bahawa Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy sendiri tidak pergi dengan sia-sia. Bukan sahaja beliau meninggalkan ilmu, anak didik dan persatuan tempat kita meneruskan perjuangan, bahkan beliau juga meninggalkan buah karya agung sebagai teladan dan buat memimpin generasi kemudian.

Justeru!!. Ayuh rakan dan taulan. Meskipun kita berdayung di dalam sampan maupun bahtera nan berlainan, begitupun kita tetap mencapai puncak yang sama. Dan sama-samalah kita pacakkan kecemerlangan homeopati sebelum menghembuskan nafas terakhir kita.

Dan buat anda yang mendokong setiap penerbitan kami, tahniah kami ucapkan. Pastikan buku ini juga berada di tangan anda.

 

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2013