Timeline:
SEJARAH
PERUBATAN HOMEOPATI DI MALAYSIA
(History of Homeopathic Medicine in Malaysia)
1905
- 1st Homeopath in Malay
Land (Pengamal
Homeopati Pertama di
Tanah Melayu - Prof
A.S.Rajah)
Berpandukan
buku tulisan jawi
“Buku Keputusan Elmu
Dukun (Homoeopathy)”
karya Col (Prof) Azim
Saunde Rajah
(1867-1978). Dimaklumkan
oleh Prof A. S. Rajah
sendiri yang mencatat
bahawa beliau sudah
mengamalkan homeopati
selama 30 tahun sebelum
menerbitkan buku kuliah
tersebut pada 1935. Ini
bermakna beliau sudah
mengamalkan homeopati
sejak 1905.
(Perubatan
Homeopati: Teori dan
Praktis. 2022. HBI
Health & Homoeopathy
Centre. - From original
source “Buku
Keputusan Elmu Dukun (Homoeopathy)”).
(English)
The
Late Col Dr Azim S.
Rajah, an Indian British
Military Officer who
introduced Homeopathy in
Johor Bahru, Johor. had
actually practice
homeopathy on his own
since 1905.
(From
Prof A.S. Rajah original
book “Buku
Keputusan Elmu Dukun (Homoeopathy)”,
published internallly
1935)
Tarikh Anggaran Dr. Burhanuddin 1912 - Satu
kemungkinan yang hampir (1962 minus 50 years).
Homeopati
dibawa masuk ke Malaysia oleh orang asing,
khususnya orang-orang India tetapi tidak
dikembangkan secara serius. Ini juga hampir
dengan tarikh yang disebutkan oleh Prof A.S.
Rajah.
(Paper presented in 1962 -
Burhanuddin
al-Helmy (Prof.
Dr.). 1985. Sepintas Lalu Perkembangan
Ilmu Perubatan.
Majalah Perubatan Homeopathy,
Jilid 1, Bil. 1. ms.: 31)
1925
- Pusat Rawatan (Atas
andaian)
Rev
Fr John Leo Quinn dikatakan mengamalkan homeopati di
kediaman Padri di Gereja St Theresa di Tambunan,
Sabah (Soalan-soalan yang saya kemukakan kepada
sahabat di sana menunjukkan tiada evidens
sikitpun yang menunjukkan ada sebarang aktiviti
berkaitan homeopati).
(English)
-
Rev Fr John Leo Quinn practised
Homeopathy in the Priest Residence within St
Theresa’s Church premise in Tambunan, Sabah
(Without concrete evidence).
(http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/)
1928
- Premis Pertama Pusat Rawatan Homeopati di
Tanah Melayu
Kemudian...pada
tahun 1928 Ini
dikatakan diikuti oleh Kol Dr Azim S. Rajah
yang memperkenalkan homeopati di Johor Bahru,
Johor (dari segi membuka
premis). Di dalam buku "Perubatan
Homeopati: Teori dan
Praktis",
diceritakan: Col
Dr A. S. Rajah adalah
seorang pegawai militari
British berbangsa India
di Johor Bahru, Johor.
Sekalipun beliau
menyatakan telah
mempraktik homeopati
sejak 30 tahun yang lalu,
tetapi beliau mula
membuka premis rawatan
homeopati di Jalan
Tangga Duke, Johor Bahru
pada tahun 1928.
Kemudian kegiatan
diteruskan di Jalan Wong
Ah Fook, Johor Bahru
juga. Pada tahun 1930,
sebuah tempat rawatan
baru dibuka pula di
North Bridge Road,
Singapura. Dr. Azim
dikatakan berulang-alik
antara Johor Bahru dan
Singapura dalam
aktivitinya sedangkan
usianya pada waktu itu
sudah melebihi 60 tahun". (Perubatan
Homeopati: Teori dan
Praktis. 2022. Kota
Bharu: HBI Health &
Homoeopathy Centre. ) 1928
- the Late Col Dr Azim S.
Rajah, an Indian British Military Officer
started a practice of Homeopathy in
Johor Bahru, Johor (in
terms of establishing
practices).

1929 - 1st Malay homeopath / Anak Melayu
Pertama Mengamal
Homeopati - Dr.
Burhanuddin al-Helmy)

Dr.
Burhanuddin membawa balik pengertian homeopati (homeopathy)
selepas pulang dari India ke Malaysia, yang telah melepaskan dirinya
daripada penyakit lelah. 1929 adalah tarikh dari
tulisan sdri Rashidah Ismail.
(Paper
presented in 1962 -
Burhanuddin al-Helmy (Prof.
Dr.). 1985. Sepintas Lalu Perkembangan
Ilmu Perubatan.
Majalah Perubatan Homeopathy,
Jilid 1, Bil. 1. ms.: 31
;
Juga dimaklum oleh
Rashidah Ismail, Dewan Masyarakat Dis. 1969)
Terdapat
percanggahan antara penulis-penulis terhadap bidang ilmu yang diambil oleh Dr.
Burhanuddin al-Helmi. Ada penulis yang menyebut Dr. Burhanuddin al-Helmi
mengambil bidang homeopati di Ismailia Medical College, Hyderabad. Sementara
temu bual dalam kalangan anak muridnya menunjukkan bidang homeopati itu
diperkenalkan kepada Dr. Burhanuddin oleh Dr. Rajah di Singapura. Menurut
seorang anak muridnya, ilmu homeopati itu dipelajari di Singapura dan Dr.
Burhanuddin telah pergi ke Ismailiah Medical College untuk menduduki peperiksaan
akhir bagi mendapat ijazah. Ini dilakukan selepas beliau menjadi guru bahasa
Arab dan mengenal bidang itu daripada Dr. Rajah.
(Ramlah Adam,
Burhanuddin al-Helmi: Suatu kemelut politik,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 8-9.)
1934 / 1935 - Buku Homeopati Pertama Ditulis
Klinik Homeopati
pertama dibuka di Johor Bahru, Johor dan
dipercayai dimulakan oleh Dr. A.S. Rajah.
The first homeopathic
clinic was set up in Johor Bahru, Johor & first
Malayan Homeopathic Leading Centre in Singapore.
(http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/,
no other authority)
Dr. S.A. Rajah
dilaporkan ada meninggalkan sebuah buku
berkaitan perubatan Homeopati, yang dcatat oleh
anak muridnya pada tahun 1935. Buku itu adalah
dalam tulisan Jawi. Tidak dipastikan siapakah
murid beliau yang mahir tulisan Jawi itu. Jika
ini benar, ini adalah rekod terawal ilmu
homeopati ini dibukukan di Malaysia.
A student of Dr.
S.A.Rajah was reported to have helped written a
book on homeopathy in Jawi manuscript while
practising homeopathy in Malaysia. (manuskrip
Buku Keputusan Elmu Dukun, 1935)


1935/37
- Prof A.S. Rajah &
Dr. Burhanuddin bersama
membuka Premis Homeopati
Dr.
Burhanuddin bersama-sama dengan Prof. Dr. Rajah
membuka gedung Homeopathy di Singapura dan Johor Bahru sehingga tahun 1942. Usaha-usaha
ini terhenti kerana Dr. Burhanuddin sibuk
dengan soal pergerakan agama dan politik
tanahair.
(Paper
presented in 1962 -
Burhanuddin al-Helmy (Prof.
Dr.). 1985. Sepintas Lalu Perkembangan
Ilmu Perubatan.
Majalah Perubatan Homeopathy,
Jilid 1, Bil. 1. ms.: 31
; Juga dimaklum oleh
Rashidah Ismail, Dewan Masyarakat Dis. 1969;
Mohamed Hatta Abu Bakar, 1997, Perubatan
Homoeopati)

1945 - Pertemuan Pertama Anak Murid Sulung (First
Meeting with Future
Student of Homeopathy)
Pertemuan pertama
Dr. Mohd Nor Noordin dengan Dr. Burhanuddin Al
Helmi, 1945 di Melaka (waktu Penubuhan
Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM di Bukit
China, Melaka) untuk mempelajari sesuatu (homeopati).
(Mohd
Nor, Noordin (Prof. Dr.). 1993. Sejarah dan
Falsafah Ilmu Perubatan dan Peranan Perubatan
Homoeopathy. Kertas kerja - sempena Gabungan
PPHM & PHBM: 11 hb. April.)

1950 - Buku Falsafah Homeopati Terawal Dr.
Burhanuddin (First Malay Lecture Manuscript
on Homeopathic Philosophy) Dr.
Burhanuddin telah menyusun siri kuliah di bawah
tajuk "Falsafah Perubatan Homeopathy" dalam
tulisan jawi semasa beliau menjalani tahanan
politik di Pulau St. Jones, Singapura. Ini
mencerminkan kesungguhan
Dr. Burhanuddin untuk
memulakan kuliah
homeopati dalam Bahasa
Melayu.
(Mohamed
Hatta Abu Bakar, 2011, Pengantar Falsafah
Perubatan Homeopathy. - lih. Dr. Md. Dali Muin,
Kata Penyunting kepada Falsafah Perubatan
Homeopathy)

1952/53 - Bermula Pengajian Pertama Dalam
Homeopati (1st Homeopathic Training in BM}.
(12 Murid pertama
belajar homeopati)
Pada
29 Ogos 1952 kumpulan pertama pelajar homeopati mulai
belajar homeopati. Kemudian mereka mulai mengamal Homeopathy
dengan memberikan banyak pertolongan kepada
keluarga dan sahabat handai. Dinyatakan
bahawa pada waktu itu, seramai dua
belas orang pelajar mulai belajar homeopati
daripada Dr. Burhanuddin.
Twelfth initial
students from all over Peninsular Malaya
enrolled in Dr Burhanuddin first homeopathic classes.
(Paper
presented in 1962 -
Burhanuddin
al-Helmy (Prof.
Dr.). 1985. Sepintas Lalu Perkembangan
Ilmu Perubatan.
Majalah Perubatan Homeopathy,
Jilid 1, Bil. 1. ms.: 31)
(Tahun
1952/53 disebut oleh
Dr. Mohd Nor,
Sejarah dan Falsafah Ilmu Perubatan dan Peranan
Perubatan Homoeopathy
; 1954 oleh Dr. Burhanuddin,Sepintas
Lalu Perkembangan Ilmu Perubatan)
(Disebut
tahun 1950 dalam site MPHM -
12 initial
students from all over Peninsular Malaya
enrolled in Dr Burhanuddin homeopathic classes (
lectures are in Bahasa Melayu).
(http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/)

1961 - Persatuan Homeopati Pertama di Tanah
Melayu (1st Homeopathic Society).
Tahun 1961, persatuan atas nama Persatuan Homeopathy Malaya (PHM) ditubuhkan dan Dr. Burhanuddin
telah dilantik sebagai Presiden persatuan yang pertama.
(Md. Dali
Muin, Sejarah Penubuhan Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia, Bil 1., 1985,
ms. 4)
Dinyatakan juga di dalam laman PPHM, "Pada 2 Januari 1961, persatuan
homeopathy yang pertama telah didaftarkan dengan nama Persatuan Homeopathy
Malaya (Homoeopathic Society of Malaya) dan memegang nombor pendaftaran 1607".
(http://www.pphm.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=23&Itemid=63)

1962 -
Pendaftaran PHM diluluskan dengan nama Persatuan Homeopathy
Persekutuan Tanah Melayu (Homoeopathic Society Federation of Malaya)
2
Januari 1962 pendaftaran PHM diluluskan dengan nama Persatuan Homeopathy
Persekutuan Tanah Melayu (Homoeopathic Society Federation of Malaya).
Tahun ini juga diadakan Mesyuarat Agung Pertama persatuan homeopathy di mana Dr.
Burhanuddin dijemput menyampaikan ceramah.
(Berdasarkan
pengenalan kepada esei
Burhanuddin al-Helmy (Prof.
Dr.) pada tahun 1962. - Sepintas Lalu Perkembangan
Ilmu Perubatan.
Majalah Perubatan Homeopathy,
Jilid 1, Bil. 1.1985. ms.: 31 ; Suara Editor (ATONDRA) Di
Pendakian Usia Empat Puluh Tahun, Jurnal PPHM 2001)
Homoeopathic Society of Malaya was
formed in 1962.
(According to MPHM site: (http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/)
1963 - Pertukaran Nama Persatuan
Nama persatuan ditukar
kepada Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia berikutan tertubuhnya Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963.
(Di Pendakian Usia Empat Puluh
Tahun, Jurnal PPHM 2001, ms. 10)

1969 - Kembalinya Presiden Pertama, Dr.
Burhanuddin
Prof
Dr. Burhanuddin Helmi telah kembali ke rahmatullah pada 25 Oktober 1969 dan
kepimpinan
persatuan
ini
diambilalih
oleh timbalannya iaitu Prof. Dr. Mohd Nor Noordin. Sebaik sahaja
beliau meninggal, artikel Dewan Bahasa memulai tulisannya dengan "Allahyarham
D. Burhanuddin bin Mohd Noor atau lebih terkenal dengan gelarannya AL-HELMY
(Yang lembut dan Tenang) adalah salah seorang daripada manusia yang 'mati
meninggalkan nama'. Khidmatnya kepada negara dan masyarakat tidak terbilang.
Orang lebih banyak mengenalnya sebagai 'doktor' politik dan ugama daripada
doktor perubatan".
(Rashidah Ismail.
Dis 1969. Dr. Burhanuddin Al-Helmy Anak Melayu
Pertama Mempelajari Homeopathy. Dewan Masyarakat
;
Dr. Mohd Nor.
1993. Sejarah dan Falsafah Ilmu Perubatan dan Peranan
Perubatan Homoeopathy)
Prof
Dr. Burhanuddin Helmi passed away on 25th Oktober 1969
and the
presidency was passed on to his deputy Prof. Dr. Mohd Nor Noordin.
(http://www.pphm.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=23&Itemid=63)
1970 - 2001 Perkembangan
Homeopati Selepas Dr. Burhanuddin
1977 -
Dr. Nik Omar memulakan Faculty of
Homeopathy Malaysia sebaik saja pulang daripada
Pakistan.
1979 - Prof. Dr. Mohd Yacob menubuhkan Persatuan
Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia.
(Tahun daftar 15 Nov 1979,
menurut artikel Di Pendakian Usia Empat Puluh
Tahun, Jurnal PPHM 2001, ms. 14)
1984 -
Persatuan
Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia
(3PHBM) ditubuhkan berpusat di Kota Bharu,
Kelantan.
Dr. Nik Omar started a new homeopathic
organization called The Malaysian Registered
Homeopathic Medical Practitioners Association (MRHP)
where he was elected as President.
(Tahun daftar 1985 menurut
artikel Di Pendakian Usia Empat Puluh Tahun,
Jurnal PPHM 2001, ms. 14)
1993 - Persatuan Doktor Homeopathy Kebangsaan
Malaysia ditubuhkan berpusat di Kedah.
(Atondra, "Suka Duka 9 Tahun
MHKM Dikuburkan Demi Kesekutuan MPHM", Di
Pendakian Usia Empat Puluh Tahun, Jurnal PPHM
2001, ms. 51)
1993 -
Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia
ditubuhkan dengan keanggotaan dua persatuan
daripada lima buah persatuan homeopati ketika
itu.
(Atondra, "Suka Duka 9 Tahun
MHKM Dikuburkan Demi Kesekutuan MPHM", Di
Pendakian Usia Empat Puluh Tahun, Jurnal PPHM
2001, ms. 52)
1994 -
Dr. Azizan Hj Ismail menubuhkan kilang ubat
homeopati pertama di Malaysia, yang memberi
fokus kepada pasaran awam melalui jualan
langsung atas nama Homeopharma Sdn Bhd.
(Buletin
Era Edar)
1998 - Dalam
PPHM, satu kerjasama di
antara Majlis Akademi Homeopathy Malaysia (MAhM)
PPHM dengan Fakultas Kedoktoran, Universitas
Sumatera Utara (USU) Medan, Indonesia telah
dicapai untuk melahirkan graduan-graduan yang
memegang Sarjana & Ijazah Perubatan Homeopathy.
2001 - Selepas Majlis Homeopathy Kebangsaan
Malaysia (MHKM) dibubarkan, ditubuhkan pula
Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM).
Lima buah persatuan telah bergabung iaitu
Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy
Berdaftar Malaysia (3HBM or MRHP),
Persatuan Iktisad Homeopathy Malaysia (Polycrest),
Persatuan Perubatan Homoeopathy Bumiputera
Malaysia (PPHBM),
Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM),
and Persatuan Doktor Homeopathy Malaysia.
( MPHK Ditalkinkan Demi Kesekutuan Dalam MPHM,
Buletin Homeopathy MPHM
Jil. 1 Bil. 1 Jan 2004)
2003
ke atas - Perkembangan
Homeopati Selepas MHKM
2003
- Daripada 5
persatuan yang menyertai
MPHM pada tahun 2001,
tiga
persatuan keluar daripada organisasi payung
homeopati, MPHM.
(MPHK
Ditalkinkan Demi Kesekutuan Dalam MPHM,
Buletin Homeopathy MPHM
Jil. 1 Bil. 1 Jan 2004;
http://homeopathicmedic.blogspot.com/2008/09/situation-of-homeopathy-in-malaysia.html)
2004 - Tertubuhnya
bahagian Perubatan Tradisonal dan Komplementari
di Kementerian Kesihatan Malaysia.
The
establishment of Traditional and Complementary
Medicine Division (T/CMD) in The Ministry of
Health to facilitate the development of
traditional and complementary medicine.
(http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/)
2007 -
Kriteria
dan amalan standard dalam amalan perubatan
Tradisonal dan Komplementari diluluskan,
termasuk program peringkat ijazah perubatan
homeopati.
Standard
and criteria for T/CM practices were approved by
the Malaysian Qualifying Agency(MQA)-Ministry of
Higher Education. This also includes the degree
program for a Bachelor in Homeopathic Medical
Science (BHMS ).
(http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/)
2009 - Pada bulan Mac, diadakan satu seminar Ke Arah
Pengiktirafan Pengajian Homeopathy di Malaysia
di Hotel City Villa di mana dijemput semua
institusi yang menawarkan kursus homeopathy
mengambil bahagian - anjuran bersama MPHM, Bah.
Perubatan Tradisional & Komplimentary (T&CM),
KKM dan CUCMS. Pada masa sama, tinktur homeopati
yang diimport dikecualikan daripada senarai
bahan racun Kementerian Kesihatan Nalaysia.
Exemption
of the Single Homeopathic Dilutions from the
POISON LIST by Ministry Of Health.
(http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/)
2010 - Cyberjaya University
College of Medical Science (CUCMS) menawarkan
kursus ijazah Bachelor of Science in
Homeopathic Medicine. Dan pengambilan
pertama seramai 8 orang pelajar.
(http://www.homeolibrary.com/NewHomeo_2011/NEWS_HOMEOPATHY/CUCMS_HBI.htm)
2011 - Pelajar-pelajar CUCMS dan semua ahli gabungan di
bawah payung MPHM menyertai 1st International
Conference on Homeopathy di PWTC, Kuala
Lumput, Malaysia.
The
First International Conference on Homeopathy
2011 at PWTC Kuala Lumpur.
(http://mphm.org.my/homeopathy/brief-history-of-homeopathy-in-malaysia/)
2014 - Kumpulan
pelajar pertama lulusan homeopati (Bachelor
of Homeopathic Medical Science) CUCMS tamat
belajar dan merupakan graduan pertama lulusan
homeopati keluaran IPTS yang diiktiraf.
(http://www.homeolibrary.com/NEW-2015/NEWS/CabaranBaru.htm)
Updated NB:
Jurnal PPHM merujuk kpd Jurnal Persatuan
Perubatan Homeopathy Malaysia; MHKM ialah Majlis
Homeopathy Kebangsaan Malaysia, persatuan payung
sebelum tertubuh Majlis Perubatan Homeopathy
Malaysia;
Buku homeopati pertama tulisan jawi adalah
tambahan penemuan baru yang dihantar oleh
seorang yang rapat dalam MPHM kepda penulis.
Kilang homeopati pertama (Homeopharma)
dimasukkan sbg pengiktirafan kejayaan
keusahawanan dan penubuhan kilang homeopati
pertama di Malaysia.
HBI Homeopathic
Consultant :
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD (British Inst of
Homeopathy)
Our
consultant Membership:
Persatuan Perubatan
Homeopathy Malaysia (PPHM).
Registered
Address
HBI
HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE
Virtual address: Jalan
Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan. E-mail:
huzib123@gmail.com Tel: 013-980
2991.
Previous operational address: HBI
HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE
No 235 Tingkat
2, Jalan Kamaruddin,
22200
Jerteh, Terengganu.
HBI
HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE
No. 29,
Jalan Semilang 14,
42700
Banting, Selangor. (first started 1995)
Main
operation of HBI
Host 2 homeopathy website:
http://www.homeolibrary.com
- Change to www.homeolibrary.net.
http://www.drhatta.com
Customer
services:
Consultation online (Individualised
treatment)
Consultant for
Industry
Publisher:
Published Homeopathy books & Motivational books.
E-books.
Homeopathy
Course previously offered:
Certificate in Homeopathic
Medical Science (for Malaysian) course only.
Already STOP. Just for Homeopathy DIY
under PPHM.


|