Kembali

DR. DALI MUIN: PENERAJU PERUBAHAN HOMEOPATI DI MALAYSIA
[Malaysian Homeopath : Dr. Dali Muin (1935 – 1992)]

- Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

Dr Dali

Dr. Dali Muin adalah salah seorang daripada 12 orang sahabat yang mula-mula belajar homeopati dengan Dr. Burhanuddin dan dianggap barisan pelopor. Sejak mula belajar pada tahun 1952, beliau aktif dalam memperkembangkan perubatan homoeopati.

    Menurut Afifi Hj. Ahmad di dalam blognya, Dr. Dali Hj. Muin adalah adik ipar dan juga murid kepada al-Marhum Dr. Burhanuddin Helmi, yang merupakan seorang pengasas, nasionalis dan tokoh politik tanah air. Isteri Dr. Dali Hj Muin, iaitu Ustazah Norhayati merupakan adik Dr. Burhanuddin.

    Pada asalnya Dr. Dali membuka praktik homeopati di Perak iaitu di Pusat Rawatan Homeopathy di Bangunan Seri Larut. Tetapi kemudiannya beliau berpindah ke Kuala Lumpur. Para pengikut homeopati menerima baik kehadiran beliau. Justeru, beliau telah dilantik sebagai presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (Malaysian Homoeopathic Medical Association) atau PPHM pada 1989 hingga 1992.

            Sewaktu kepimpinan Dr. Dali, keadaan agak berbeza daripada empat tokoh presiden sebelumnya. Antaranya, beliau banyak membantu dalam menyediakan sebuah hospital mini homeopati yang mempunyai sedikit kemudahan asas bagi rawatan sakit puan. Beliau bertanggungjawab dalam menstruktur semula modul pengajaran homeopati dan menambahkan bilangan lulusan homeopati. Selain itu, beliau turut menyaran serta membantu menerbitkan bulletin homeopati bagi pihak persatuan.

Berpandukan sebuah jurnal homeopati, beliau kembali ke rahmatuLlah pada 21hb April 1992, yakni pada usia 57 tahun. Pada waktu beliau meninggal, beliau masih memegang jawatan sebagai presiden persatuan. 

Mengikut guru saya, Dr. Teew Lian Eng, Dr. Dali Muin amat mahir dengan penawar homeopati berpotensi tinggi dan selalu melihat pesakit dari sudut kronik miasm. Banyak penyakit-penyakit yang sukar diubati dapat disembuhkan oleh beliau.

Beliau juga seorang yang kerap menulis di dalam buletin homeopati. bertanggungjawab mengeluarkan naskhah fotokopi buku "Falsafah Perubatan Homepathy" karya Dr. Burhanuddin. Beliau juga ada mengarang sebuah materia medika homeopati dan ringkasan atau Sari (ringkasan)  Organon untuk kemudahan penuntut homeopati.

Sumber:

1. Afifi Ahmad. Perak, nostalgia 70han. http://zidniiman.blogspot.com/2009/05/perak-nostalgia-70han.html (view 12 Sep 2011)

2. Di Pendakian Usia Empat Puluh. Jurnal PPHM (Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia).

3. Nota Kuliah Dr. Teew Lian Eng.

 

-  diedit semula pada 7 September 2011 oleh www.drhatta.com.

 

   

Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
drhatta3@yahoo.com

 


English/Synopsis: Dr. Dali Hj Muin is one of the 12th disciples of homeopathy trained by Dr. Burhanuddin. He is the 5th President of Malaysia Homeopathy Medical Society which is the earliest society formed by Dr. Burhanuddin al-Helmy. – Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

.[The history of homoeopath in Bahasa Malaysia (Malay language) is a project dedicated to earlier Malaysian homeopath with significant contribution on the spread of  homeopathy.]

Copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011