Kembali

DR. NIK OMAR : PENGEMBANG UTAMA HOMEOPATI DI PANTAI TIMUR DI MALAYSIA
[Malaysian Homeopath Of The East Coast : Dr. Nik Omar Nik Daud (1950 – 2012)]

- Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

Prof Dr Nik Omar dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan. Sebaik menamatkan pengajian menengah, beliau menuntut di Pakistan Homeopathic Medical College & Trust Hospital. Selepas memperoleh ijazah homeopati, Dr. Nik Omar melanjutkan pelajaran di London Foot Hospital, iaitu pada tahun 1975. England.

   Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1977, beliau membuka sebuah klinik homeopati  di Kota Bharu, Kelantan. Kemudiannya, beliau juga membuka klinik homeopati di kawasan Kg Baru di Kuala Lumpur.

          Dr. Nik Omar bertanggungjawab menubuhkan Fakutli Perubatan Homeopathy Malaysia pada tahun 1979 dan mengasas Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia pada 1985. Di peringkat antarabangsa pula, beliau merupakan Vice President kepada sebuah badan ternama, Asian Homeopathic Medical League (AHML).

         Sebagai pengamal yang aktif dalam liga antarabangsa, beliau telah beberapa kali mengambil inisiatif menganjur dan menjadi tuan rumah kepada konferens AHML di Malaysia. Contohnya ialah konferens dan seminar AHML ke-2 pada tahun 1989 di Kuala Lumpur, AHML ke-10 pada tahun 1998 di Kota Bharu, AHML ke 13 pada 2002 di Kota Bharu dan AHML ke 18 pada 2009 di Kuala Lumpur. Sumbangan beliau dalam mengumpul ramai ahli homeopati Malaysia ke persidangan antarabangsa seumpama ini memberi pengalaman dan input berharga dalam sejarah perkembangan homeopati di Malaysia.

         Beliau sangat dikenali dalam arena perubatan alternatif kerana nama beliau kerap kali keluar di dalam berita-berita atau laporan dalam akhbar arus perdana di samping justeru isu-isu kontroversi beliau dengan persatuan homeopati yang lain. Satu lagi keistimewaan Dr. Nik Omar ialah beliau turut mempunyai mempunyai kemahiran dalam sistem rawatan lain, khususnya Reiki Healing dan akupunktur. Bahkan beliau bertanggungjawab mengasaskan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia.

          Sumbangan Dr. Nik Omar yang menjadi sebutan ialah ketika beliau berkhidmat sebagai Doktor Tanpa Batasan di beberapa tempat seperti di Pakistan dan Sri Lanka. Beliau juga menunjukkan minat dalam penulisan dan pernah menulis dan menerbitkan buku Barah Buah Dada sebagai buah tangan yang manis untuk pembaca homeopati.

             Laporan sejarah perkembangan homeopati yang dibawa oleh Nik Omar banyak diupload berkali-kali dan secara bertindih di dalam pelbagai alamat virtual berbeza. Beberapa editing perlu dibuat (menurut pendapat kami) bagi memilih isi-isi yang relevan dalam konteks perkembangan homeopati secara menyeluruh di Malaysia.

               Oleh kerana Dr. Nik Omar merupakan seorang yang aktif di lapangan yang beliau minati ini, beliau juga telah dianugerahkan dengan pelbagai pangkat dan award. Antara award yang disebut di dalam blog ialah: anugerah Ph.D oleh World Parliment of Peace, India, Professor of Homeopathy oleh AHML Colombo, Fellow Homeopathic Association, Karachi, dan Knighthood of Malta dengan pangkat 'Sir'.

               Menarik juga disebut ialah berkaitan minat atau hobi Dr. Nik Omar yang mempamerkan betapa energetiknya beliau di dalam hidup. Beliau sangat gemar menunggang superbike, memancing, berkhemah, menunggang kuda, berkebun, dan mengembara.

            Selain mempunyai murid yang ramai beliau turut meninggalkan 11 orang anak, iaitu 8 lelaki dan 3 perempuan. Beliau telah kembali ke rahmauLlah pada pada 30 September 2012, iaitu selepas perginya salah seorang isterinya yang dikenali sebagai Dr(H) Zaharah kira-kira setahun sebelumnya. (Dilaporkan di dalam laman 4th Kelantan Bike Week).

               Sehingga artikel ini ditulis, kami tidak mengetahui siapakah pengganti beliau dalam memimpin persatuan dan fakulti yang dibangunkan oleh beliau. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal saleh.

 

Sumber:

     1. http://drnikomar.tripod.com/ahml/id1.html

     2. http://drnikomar.tripod.com/nikomar/index.html

     3. http://www.homeopathymalaysia.org.my/content/dr+nik+omar+homeopathic+specialist-43.aspx

     4. http://www.drhatta.com/2012/Okt12/Dr.NikOmar.html

     5. http://kelantan-bikers.blogspot.com/2011/09/dr-zaharah-isteri-dr-nik-omar-meninggal.html

    6. http://www.oocities.org/fakulti/what.htm

  

-  disediakan pada 20 Dis 2012 oleh www.drhatta.com.

 

   

Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
drhatta3@yahoo.com

 


English/Synopsis: Dr. Nik Omar was a great homeopath of Malaysia. He was dedicated to homeopathy and the faculty that he has originally started, which was based in Kota Bharu Kelantan. Without him, Malaysia homeopathy may not be known internationally as it is today. Mr. Tony Pinkas, Ainsworth Homeopathic Pharmacy, London wrote: " It has been a great pleasure to discover the rapid success which homoeopathy has achieved within Malaysia over the past few years . I am sure that the success has been due to the diligence Dr Nik Omar and his colleagues at the faculty of homoeopathy Malaysia , who have worked ceaselessly to promote and practice their art , not solely in Malaysia but also in Thailand and Pakistan ." - Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

.[The history of homoeopath in Bahasa Malaysia (Malay language) is a project dedicated to earlier Malaysian homeopath with significant contribution to the spread of  homeopathy.]

Copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2012