DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI

 

Simpang Jalan Kolej MARA Banting, Jalan Labohan Dagang, Bukit Changgang, 42700 Banting, Selangor.

 Tel: 013-980 2991

 

   Visit us at www.homeolibrary.com.

Produk Terbaik Konsultan Homeopati Prolifik Malaysia

Khasiat / Kegunaan

BIOGRAFI RINGKAS KONSULTAN HBI

06/10/2016

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD merupakan seorang pengamal homeopati yang senior di Malaysia.

Pendidikan: Beliau mendapat ijazah B.A. daripada Eastern Illinois University (1983) dan M.A. daripada Western Michigan University (1985) di Amerika Syarikat. Dalam bidang homeopati, beliau belajar di Akademi Homeopathy Kuala Terengganu pada tahun 1990-91 di bawah bimbingan Dr. Teew Lian Eng, kemudian sambung belajar dengan The British Institute of Homoeopathy sehingga memperoleh DIHom (Advance Diploma in Homoeopathy -  1994) dan HMD (Doctorate in Homoeopathic Medicine - 1996).

Sumbangan dalam amalan: Beliau memulai praktik di Taman Sri Putera, Banting mulai tahun 1994, kemudian di Jerteh, Terengganu mulai tahun 1998. Praktik beliau terhenti pada tahun 1003 sehingga kemudiannya, beliau mengusahakan praktik dan konsultasi homeopati online mulai tahun 2004 sehingga sekarang.

Sumbangan penulisan dan penyebaran homeopati: Konsultan HBI berminat menyampaikan ilmu dan informasi homeopati kepada umum sejak tahun 1996 lagi. Beliau giat menulis dalam pelbagai bidang tetapi secara khusus dalam amalan homeopati. Artikelnya pernah tersiar dalam majalah Dakwah, UMMI dan beberapa tempat lain di akhbar. Beliau juga membantu menyebarkan homeopati menerusi laman maya Malaysia Homeopathy Cyber Library di alamat tapak www.homeolibrary.com dan www.drhatta.com. Tulisan beliau juga disiarkan di laman web Peranchis Homeopathe International iaitu www.homeoint.org

Sumbangan karya homeopati. Menyedari kurangnya bahan ilmiah homeopati dalam Bahasa Malaysia menjadi sumber inspirasi buat beliau melibatkan diri dalam penulisan buku-buku homeopati. Buku beliau yang pertama diterbitkan ialah "Perubatan Homoeopati" pada tahun 1997, yang mendapat sambutan paling hangat di kalangan pengamal, peminat dan pengkaji ilmu perubatan homeopati.

Sehingga kini beliau telah berjaya menulis dan menyumbangkan sebanyak 10 buah buku homeopati dan sebuah buku berkaitan motivasi dan minda + homeopati (cetakan ISBN). Justeru beliau dianggap sebagai Konsultan Homeopati Paling Prolifik. Sekarang beliau sedang dalam proses melengkapkan buku induk perubatan homeopati hasil saringan daripada buku Organon of Medicine tulisan Dr. Samuel Hahnemann. Buku itu diberi nama Organon Perubatan Homeopati dan dijangka keluar pada awal tahun 2017.

Rumusan produk: Selepas membantu sebuah syarikat pengilangan berkaitan produk homeopati di Kota Bharu, beliau mulai mencipta rumusan beliau sendiri. Pada tahun 2002 lahirlah Active IQ dan Homeo-ABC. Produk yang popular sehingga kini itu kemudiannya ditambah dengan Hi-Fos serta set rawatan bersalin Homeo-Pranatal. Set Homeo-Pranatal kemudian dirombak semula dan diperlebarkan di dalam set Remedi Biokimia Homeopati. Kesemua nama-nama itu dicipta untuk kemudahan dan kebajikan pengguna, dan disebarkan serta dipasarkan melalui preskripsi online.

Rumusan produk sebenar untuk pasaran oleh beliau bermula dengan produk Pau-Ana mulai Mac 2016. Oleh kerana targetnya untuk pasaran yang luas, produk Pau-Ana dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP serta menggguna (dengan izin) logo GMP food, PUIM dan HALAL (Jakim).

-- tamat --

(Tentang HBI & Misi, Konsep bisnes)

MUKA DEPAN LAMAN

Harga & Tawaran:

Set Produk Pau-Ana

Set Penawar Farmasi ACTIVE IQ

Set Buku Homeopati

Artikel Produk Utama

Testimoni Produk drhatta

Konsultan Homeopati Prolifik HBI

Event/Promosi Penting

Konsultasi

Pautan Lama: LAMAN LAMA..

   © HBI Health & Homoeopathy Centre 2016.   © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2016  (New Version - updated)

AlloWebmaster:drhatta3@yahoo.com