Organon Versi Bahasa Melayu

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

HBI Health & Homoeopathy Centre

ORGANON PERUBATAN HOMEOPATI

(Organon of Medicine Versi Bahasa Malaysia)

(Kata Pengantar oleh Dato' Dr. Suriyakhatun Osman)

 

 

 

KATA PENGANTAR

 

Penemuan paling penting dalam ilmu penyembuhan masih tidak mendapat pengiktirafan dari dunia perubatan, namun sebenarnya terkandung dalam buku ini prinsip penyembuhan yang unggul.

Namun begitu skrip asalnya dalam Bahasa German dan ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, dan d olahkan sebanyak enam kali oleh penulisnya Dr Samuel Hahnemann, edisi terakhirlah yang paling kontroversi sebab mengandungi banyak perubahan berbanding organon kelima.

Organon ini  terkandung di dalamnya prinsip asas amalan perubatan homeopathy dan mana-mana pengamal  perlu menghafal prinsip asas ini untuk dapat merawat pesakit dengan cara yang sistematik dan rasional. Namun oleh kerana bahasanya sukar di faham, apatah lagi dalam Bahasa Inggeris, maka ramai pengamal kita di Malaysia tidak dapat menguasai Organon.

Kini dengan terjemahan buku Organon oleh saudara kita Mohamed Hatta, maka sudah tidak ada alasan untuk pengamal kita di Malaysia untuk tidak menguasai Organon dan faham serta amalkan prinsip asas rawatan homeopathy.

Ada pula yang mengatakan sudah tidak perlu pada buku kuno ini sebab kita sekarang sudah moden yang boleh buat ubatan secara formulasi kombinasi dan sebagainya untuk merawat pesakit,  dan organon sudah lapuk dek zaman.

Sebenarnya prinsip yang bersandarkan “The Law of Nature” tidak akan menjadi lapuk dan tidak akan jadi kuno. Saya sehingga kini merawat mengikut prinsip dan  metodologi yang terkandung dalam Organon ke enam dan ia masih membuahkan hasil penyembuhan untuk pesakit saya.

Apa yang boleh kita perkatakan adalah bahawa ilmu dalam organon boleh didalami dan dipertingkatkan kefahamannya  sebab Hahnemann sendiri mengolahkan dan membuat revisi sehingga enam kali dalam umur beliau, maka mungkin dua ratus tahun berlalu tidak ada tokok tambah pada prinsip asal yang dibawanya.

Jawapannya, sudah tentu ada dan di antara yang perkembangkan prinsip dan ilmu dalam Organon adalah penambahan pada pengetahuan tentang penyakit kronik oleh berapa penulis lama dan baru.

Masaalah yang timbul di kalangan pengamal adalah  membaca buku-buku susulan tanpa membaca sumber utama buku-buku susulan maka kefahaman asas tidak ada !

Semoga usaha murni ini ada dijejaki oleh terjemahan seterusnya buku-buku asas homeopathy serta kuliah untuk menyampaikan fahaman yang asas dengan cara yang sistematik dan mudah difaham.

Sekian.

 

Dato' Dr. Suriyakhatun Osman

MBBCh, MFHom, DIMP

 

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2017