§ 1
Para 1 Organon menyatakan bahawa
“Setinggi-tinggi cita-cita dan tugas seorang
doktor itu adalah mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang
dikehendaki.”
Untuk menjelaskan maksud beliau itu,
nota kaki Para 1 menerangkan dengan terperinci supaya pengamal
homeopati tidak tergelincir daripada matlamat sebenar, seperti yang
berlaku kepada para doktor alopati. Justeru misi seorang doktor bukan
untuk menghasilkan sistem-sistem dengan menghubungkait hipotesis dan
spekulasi kosong berkaitan hakikat kehidupan dan asal-usul penyakit di
dalam diri manusia (di mana ramai para doktor menghabiskan masa dan
bakat mereka), demikian juga bukan matlamatnya untuk memberikan
penerangan panjang lebar mengenai fenomena penyakit dan sebab-sebab
langsung kehadirannya (yang akan selamanya tersembunyi - daripada
pengetahuan manusia) yang diadun dalam bahasa yang sukar difahami dan
ekspresi yang abstrak serta diperbesarkan - sehingga nampak
seolah-olah sangat terpelajar dengan tujuan untuk mengagumkan mereka
yang jahil - sedangkan manusia yang sakit merintih kesakitan memohon
bantuan.
Kata Hahnemann seterusnya, “Kami rasa
sudah cukuplah sudah melayani mereka yang merasa terpelajar (yang
merujuk kepada perubatan teoretikal dan di mana darjah profesor
diinstitusikan), dan sekarang telah sampai masanya semua yang
menggelarkan diri mereka doktor menghentikan kerja menamatkan
penderitaan manusia sejagat dengan semata-mata bercakap. Bahkan
sekarang hendaklah bertindak dengan niat benar-benar ingin menolong
dan menyembuhkan.”
§ 2
“Cara penyembuhan yang paling ideal ialah
mengembalikan kesihatan dengan jalan yang cepat, lemah-lembut dan
berkekalan, atau menyembuhkan penyakit secara keseluruhan dalam jangka
masa pendek, dapat dipertanggungjawab serta paling tidak memudaratkan,
menurut kaedah yang ma'kul.”
Penjelasan berkaitan para ini daripada
mahaguru homeopati mengatakan bahawa:
‘jalan yang cepat’ (rapidly)
yang dimaksudkan oleh Dr.
Hahnemann ialah “tanpa penangguhan yang tidak perlu, merugikan masa
dan wang”. ‘Lemah-lembut’ memberi erti melakukan “dengan mesra dan
kasih sayang.” Sementara ‘berkekalan’ bermaksud “dengan tidak menekan simptom-simptom
yang memungkinkan ia muncul kembali dalam apa bentuk sekalipun”.
‘Keseluruhan penyakit’ merujuk kepada
“bukan satu simptom, tetapi keseluruhan simptom-simptom”. ‘Paling
tidak memudaratkan’ memberi erti menyembuhkan “tanpa kesan sampingan
dadah (toxic) akibat daripada terlampau banyak ubat”, Dan
akhirnya ‘kaedah yang ma’kul’ di dalam ayat tersebut membawa erti
“dengan tidak menggunakan sihir atau kepercayaan karut, tetapi
hendaklah mengikut cara yang saintifik”.
§ 3
“Seorang doktor itu dianggap benar-benar
pengamal seni kesembuhan dan benar-benar faham bagaimana merawat
secara jitu dan rasional sekiranya dia faham perkara-perkara seperti
apa yang boleh disembuhkan dalam penyakit bagi setiap kes individu (pengetahuan
tentang penyakit - petunjuk), apa yang boleh disembuhkan oleh
ubat-ubat tertentu (ilmu mengenai kuasa-kuasa penawar), serta
bagaimana menggunakan ubat terhadap apa yang dia temui sebagai morbid
dalam diri pesakit mengikut prinsip-prinsip yang betul, agar
kesembuhan menyusul.”
“Ini termasuk bagaimana menyesuaikan apa yang
menjadi penyakit bagi pesakit dengan penawar yang paling sesuai (pilihan
remedi, penawar yang ditunjuki), demikian juga dari segi cara
penyediaan yang tepat dan kuantiti yang diperlukan (dos yang betul),
serta masa yang sesuai boleh diulangi dos.”
Dia juga harus mengetahui bagaimana
caranya menghilang kan idapan agar pesakit pulih sepenuhnya. Justeru,
Dr. Hahnemann seterusnya menjelaskan bahawa sebagai pengamal seni
kesembuhan yang sahih, akhirnya dia juga harus:
“...mengetahui halangan-halangan kepada
kesembuhan dalam setiap kes dan sedar bagaimana membuangnya - agar
dengan itu pemulihan menjadi kekal. Kemudian barulah dia merupakan
orang yang mengetahui bagaimana merawat secara bijak dan rasional, dan
dialah pengamal seni kesembuhan yang sebenar.”
§ 4
“Dia adalah pengamal dan pelindung kesihatan
jika dia tahu mengenai apa-apa yang boleh mengganggu kesihatan, yang
menyebabkan terkena penyakit dan tahu bagaimana membuang punca-punca
yang menyebabkan pesakit itu tidak sihat.”
Jelasnya, Dr. Hahnemann menyatakan seorang
pengamal homeopati itu harus tahu mengenai apa-apa yang boleh
mengganggu kesihatan termasuk tata-cara penjagaan kesihatan dan
kebersihan yang boleh membawa kepada kehadiran penyakit, begitu juga
dia harus tahu bagaimana merawat dan mengeluarkan punca yang
menyebabkan sakit itu.
§ 5
“Bagi membantu usaha-usaha menyembuhkan, doktor
itu juga patut mengetahui secara terperinci apa-apa yang menyebabkan
timbulnya penyakit akut dan apa-apa yang membawa kepada penyakit
kronik yang boleh disusur daripada latar belakang sejarah (pesakit),
supaya beliau dapat menemui punca asasnya, yang umumnya adalah
disebabkan oleh miasma kronik. Dalam penyiasatan seperti ini, dia
harus melihat daripada segi konstitusi fizikal (terutama bagi penyakit
kronik), karakter moral dan intelek, pekerjaan, cara hidup dan tabiat,
hubungan keluarga dan sosial, usia, fungsi seksual dan sebagainya."
Di sini, Dr. Samuel Hahnemann sudahpun memberi pengenalan awal mengenai
penyakit kronik, yang menunjukkan bahawa ianya adalah "causative"
sifatnya, yang mana mungkin diperoleh sejak lahir (diperturunkan)
ataupun dimelaratkan melalui cara lain (seperti akibat pembenaman).
Pengenalan perkataan ‘miasma’ ini akan diikuti dengan pembicaraan
panjang tentang pembahagian jenis penyakit di dalam aforisme atau
para seterusnya di tengah-tengah buku Organon Perubatan).
LAMAN INDEKS
Malaysia
Visit us at:
www.drhatta.com