LAMAN UTAMA

 

Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

Terbitan Buku ke 13 - Tahun 2019

ORGANON PERUBATAN HOMEOPATI

Saringan Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(VERSI BAHASA MALAYSIA, BERASASKAN TERJEMAHAN INGGERIS DR. WILLIAM BOERICKE & DR. CONSTANTINE HERING)

§ 10 Edisi 5 dan 6

“Tanpa tenaga hayat, jasad manusia tidak dapat merasa, melaksanakan fungsi, dan mempertahankan diri, justeru semua itu hanya terhasil menerusi kehadiran tenaga hayat (vital force) yang mendiami manusia sama ada semasa sihat maupun sakit.”

Maksud Hahnemann, tanpa tenaga hayat, manusia akan mati dan reput. Pada waktu itu manusia hanya merupakan mayat yang bergantung kepada kuasa dunia fizikal yang eksternal. Perbezaan di antara edisi ke 5 dan ke 6 hanyalah pada istilah "vital force" dan "vital principle".

 

§ 11 Edisi 5 dan 6

“Apabila seseorang sakit, hanya tenaga hayat yang bertindak semerta dan bersifat rohani, yang diganggu secara khusus menerusi pengaruh dinamik oleh agen yang memusuhi kehidupan, yang boleh menzahirkan ciri-ciri dan proses yang kita gelarkan sebagai penyakit. Tenaga hayat yang berubah ini diketahui oleh doktor dan pemerhati apabila ia mempamerkan simptom-simptom dalam rupa gangguan-gangguan kepada bahagian (atau anggota) organisma yang dapat dikesan oleh pancaindera. Tidak ada cara lain di mana ia boleh menzahirkan dirinya melainkan melalui simptom-simptom morbid.”

Nota 1 "materia peccans" merujuk kepada sebab-musabab material yang menyebabkan penyakit. Dalam nota 2 edisi ke 6, Dr. Hahnemann menjelaskan makna sebenar "pengaruh dinamik" (dynamic influence) atau kuasa dinamik (dynamic power). Katanya, kuasa dinamik ini tidak dapat dilihat seperti bumi yang mana bulan mengelilinginya selama dua puluh lapan hari dan beberapa jam tanpa sesuatu agen yang material menjadi perantara, demikian juga kuasa magnet yang boleh menarik besi ke salah satu kutubnya tanpa sebarang kaedah mekanikal, dan begitu jugalah seorang kanak-kanak yang mengidap cacar atau campak boleh menyebabkan seorang kanak-kanak lain terkena jangkitan walaupun mereka tidak bersentuhan.

Justeru samalah keadaannya dengan remedi yang memberi kesan kepada manusia hidup. Kita katakannya sebagai "ubat" kerana ia mempunyai kuasa atau tenaga tertentu dalam merubah keadaan sihat atau sakit manusia, dan kuasa ini bersifat dinamik atau mempunyai pengaruh konseptual. Lebih-lebih lagi bila remedi itu dipotentaiskan, ia menjadi semakin kuat meskipun kandungan benda (material) di dalamnya semakin halus.

 

§ 12 Edisi 5 dan 6

“Jika tenaga hayat yang mendapat gangguan berpenyakit itu sahaja yang menyebabkan penyakit di mana fenomena morbid yang dapat ditanggap mempamerkan semua perubahan dalaman (yakni seluruh gangguan morbid tenaga hayat mencerminkan keseluruhan rupa penyakit), maka jika rawatan dapat menghilangkan kesemua fenomena berpenyakit pada tenaga hayat, ini menunjukkan tenaga hayat dan seluruh jasad telah kembali pulih.”

Kerana itu, mengikut Dr. Hahnemann, usaha untuk mengetahui bagaimana organisma mempamerkan fenomena morbid (atau bagaimana tenaga hayat menghasilkan penyakit) tidak memberi faedah kepada si doktor, bahkan selamanya ia akan tersembunyi daripada pengetahuan manusia. Tuhan hanya memberikan panduan setakat mana yang perlu dia ketahui mengenai penyakit dan setakat mana yang membolehkan dia menyembuhkan.

Di dalam edisi ke 5, Dr. Hahnemann menggunakan istilah vital force untuk maksud tenaga hayat, tetapi ia ditukar menjadi vital energy dalam edisi ke 6.

 

§ 13

"Kerana itu, penyakit selain daripada surgeri yang dianggap terasing daripada batang tubuh manusia dan tenaga hayat oleh para ahli alopati adalah absurd atau tidak munasabah. Ia hanya digambarkan oleh mereka yang berpemikiran materialistik, yang menyebabkan selama beratus tahun sistem perubatan arus perdana menjadikan seni (yang tidak menyembuhkan) itu suatu yang merosakkan."

Selepas kritikannya kepada pengamal alopati yang bersifat materialistik, pada para berikutnya, kita lihat kesinambungan mesej beliau apabila Dr. Hahnemann memasukkan unsur ketuhanan di dalam aforisme Organon. 

 

§ 14

"Tidak ada suatu benda - sama ada perubahan itu nampak atau tidak - berpenyakit yang boleh disembuhkan yang terlepas daripada pemerhatian doktor berasaskan simptom-simptom dan tanda-tanda morbid. Maknanya panduan ini cukup bagi mengetahui tabiat dan keganjilan penyakit serta bersesuaian dengan sifat rahmat Tuhan semesta alam."

  

LAMAN INDEKS


Malaysia

Visit us at: www.drhatta.com

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 1997-2020

 

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa carapun sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Sebarang perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti.

 

  Diterbitkan & Diedar oleh:

HBI Health & Homoeopathy Centre (Cawangan Kota Bharu)

2621 Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu

Kelantan.