§ 15 Edisi 5
dan 6
Keterangan para 15 dalam kedua edisi 5 dan 6
membawa pengertian yang sama, selain ayat yang ditukar bagi memudahkan
kefahaman pembaca. Para ini menjelaskan:
“Tubuh dan tenaga hayat adalah satu kesatuan dan sama, bukannya dua benda
yang berbeza. Pernyataan sebagai dua konsep yang berlainan hanya sekadar
bagi memudahkan kefahaman. Adapun perubahan morbid tenaga hayat di sebelah
dalam yang lahir keluar dan keseluruhan simptom-simptom yang tampak di dalam
organisma serta mewakili penyakit sedia ada merupakan suatu keseluruhan,
satu dan sama.”
§ 16 Edisi 5
dan 6
“Tenaga hayat
tidak dapat diserang dan dijangkiti oleh pengaruh (dari sumber kuasa luaran)
yang merosakkan organisma yang sihat melainkan menerusi cara yang dinamik.
Begitu juga kesemua gangguan berpenyakit itu tidak boleh dibuang oleh doktor
melainkan dengan menggunakan penawar yang mempunyai kuasa dinamik (maya),
yakni kuasa yang dapat bertindak ke atas tenaga hayat melalui respons
saraf-saraf yang wujud di dalam organisma, justeru hanya menerusi tindakan
dinamik ke atas tenaga hayat yang dimiliki remedi boleh mengembalikan
kesihatan dan keharmonian tenaga.”
Menurut Dr. Hahnemann, apabila doktor itu melakukan siasatan dan dapat
mengenalpasti perubahan terhadap status kesihatan pesakit, iaitu keseluruhan
simptom yang mewakili penyakit, hanya tindakan dinamik ke atas tenaga hayat
menerusi penawar yang tepat dan berkuasa sahaja dapat mengembalikan semula
kesihatan dan keharmonian dalaman tubuh. Berkaitan kuasa dinamik, katanya
lagi, penyakit-penyakit yang lebih teruk boleh timbul akibat gangguan tenaga
hayat yang mencukupi menerusi imaginasi dan boleh disembuhkan melalui kaedah
yang sama juga.
§ 17 Edisi 5
dan 6
“Oleh kerana kesembuhan tercapai dengan cara membuang kesemua tanda-tanda
dan simptom-simptom penyakit yang dapat ditanggap, maka doktor hanya perlu
menghilangkan keseluruhan simptom yang mana pada masa yang sama dapat
menghapus perubahan dalaman yang mengganggu tenaga hayat, hingga akhirnya
mengeluarkan penyakit itu sendiri. Bila penyakit itu berjaya dihapuskan,
barulah pesakit itu kembali sihat. Inilah merupakan hasrat atau cita-cita
tertinggi dan satu-satunya bagi seorang doktor yang tahu misinya yang
sebenar, bukan untuk merepek atau bersyarah menunjukkan hebat, tetapi
berusaha menyelamatkan pesakit.”
Dr. Samuel Hahnemann menegaskan bahawa hanya Tuhan pemelihara alam boleh
mendedahkan ilmu dan rahmat kebaikan bagi menyembuhkan penyakit yang sukar
dengan cara menunjukkan apa yang harus disingkirkan dalam sesuatu penyakit
demi menghapuskan penyakit dan mengembalikan kesihatan. Kita patut bersyukur
atas pemberian Ilahi ini dan tidak sebaliknya mendabik dada mengaku
mengetahui tabii kejadian seperti yang didakwa oleh sekolah perubatan arus
perdana.
§ 18 Edisi 5
dan 6
“Justeru kebenaran yang tidak dapat disangkal (yang disebutkan sebelum) ini,
maka tidak ada apa-apa yang boleh dibongkarkan di dalam sesuatu penyakit
melainkan simptom-simptom secara keseluruhan [dengan mengambilkira modaliti
yang menyertai -
§ 5]
yang dapat mengarahkan kepada rawatan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi
yang keseluruhan simptom penyakit [dan keadaan] yang terdapat pada setiap
kes individu itulah yang semestinya menjadi petunjuk atau satu-satunya
panduan dalam memilih satu-satu penawar.”
Ayat di dalam kurungan itu [ ] merupakan
tambahan oleh Dr. Hahnemann dalam Organon edisi ke 6. Sedikit berbeza,
terjemahan Dr. Constantine Hering menyatakan 'berasaskan kebenaran yang
tidak boleh disangsikan lagi, tidak ada apa-apa yang boleh ditemuikan di
dalam sesuatu penyakit melainkan simptom-simptom secara keseluruhan yang
dapat mengarahkan kepada tabi’i penawar yang diperlukan'.
LAMAN INDEKS
Malaysia