§ 19
“Sebagaimana penyakit-penyakit itu tidak lebih daripada perubahan di
dalam status kesihatan individu yang sihat yang menyatakannya
menerusi tanda-tanda berpenyakit dan kesembuhan hanya mungkin
melalui perubahan kedudukan kesihatan keadaan kesihatan individu
yang sakit, maka terbuktilah bahawa tiada ubat/remedi yang boleh
menyembuhkan penyakit sekiranya ia tidak memiliki kuasa untuk
merubah keadaan kesihatan seseorang. Kuasa itu terbukti dimiliki
penawar apabila ia mampu menukar keadaan atau fungsi tubuh dan
perasaan seseorang, bahkan manfaat kesembuhan bergantung kepada
fakulti ini sahaja.”
§ 20 Edisi 5 dan 6
Hakikatnya
tiada perbezaan di antara edisi ke 5 dan ke 6 dalam kenyataan para
20, melainkan sedikit penambahan dan perubahan bahasa di dalam ayat.
“Kuasa dalaman tersembunyi penawar yang mampu merubah status
kesihatan (dan lantas menyembuhkan penyakit-penyakit yang dihidapi)
tidak boleh ditemui maupun dinilai dengan rasional akal semata-mata.
Sebaliknya kita sedar dan memperolehnya hanya setelah melalui
pengalaman mengenai fenomena yang dipamerkan apabila diuji ke atas
orang yang sihat.”
§ 21
“Penawar yang berkhasiat menyembuh tidak ada hubungannya dengan
sebab yang datang daripada luar tubuh, tetapi yang ada ialah kuasa
untuk merubah keadaan kesihatan tubuh manusia khususnya ke atas
tubuh individu yang sihat. Jadinya, ubat-ubat itu bertindak sebagai
remedi bagi maksud menyembuhkan penyakit hanya apabila ia mampu
merubah keadaan kesihatan seseorang menerusi penghasilan
simptom-simptom penyakit tertentu. Kerana itu, kita harus bergantung
kepada fenomena morbid yang dihasilkan penawar ke atas individu yang
sihat sebagai satu-satunya petunjuk kepada kuasa kesembuhan penawar.
Itulah sahaja caranya untuk kita mempelajari kuasa (penawar) yang
berupaya menghasilkan penyakit, yang pada waktu yang sama adalah
juga kuasa penyembuh yang dimiliki satu-satu penawar (homeopati).”
LAMAN INDEKS
Malaysia