LAMAN UTAMA

 

Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

Terbitan Buku ke 13 - Tahun 2019

ORGANON PERUBATAN HOMEOPATI

Saringan Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(VERSI BAHASA MALAYSIA, BERASASKAN TERJEMAHAN INGGERIS DR. WILLIAM BOERICKE & DR. CONSTANTINE HERING)

§ 22 Edisi 5 dan 6

“Justeru tiada apa yang dapat ditemui bagi membuang sesuatu penyakit demi mengembalikan kesihatan melainkan keseluruhan tanda-tanda dan simptom-simptomnya, dan begitu juga tiada ciri-ciri kesembuhan di dalam remedi melainkan kecenderungannya untuk menghasilkan simptom-simptom morbid di dalam diri orang yang sihat dan menghalau simptom-simptom itu dalam diri orang yang sakit; maka ini membawa dua implikasi...”

“Pertama ialah sesuatu ubat itu menjadi penawar dan dapat menghapuskan penyakit disebabkan ia boleh mengenepikan simptom-simptom penyakit melalui bahannya yang boleh menimbulkan kesan atau simptom-simptom tertentu, yakni dengan cara melahirkan keadaan morbid buatan tertentu bagi menghapuskan simptom-simptom sebelumnya (penyakit tabii yang ia berhasrat untuk sembuhkan). Sehubungan dengan itu (kedua), untuk menyembuhkan keseluruhan simptom penyakit, penawar yang dicari itu (melalui bukti pengalaman sama ada simptom-simptom morbid itu dapat diketepikan dengan pasti sehingga sihat menerusi simptom-simptom ubat yang serupa atau berlawanan) hendaklah berkecenderungan untuk menghasilkan simptom-simptom yang serupa atau berlawanan.”

Dr. Hahnemann juga memberi ulasan mengenai satu kaedah lain yang digunakan oleh alopati. Dalam kaedah itu, mereka memberikan ubat-ubat yang tidak mempunyai sebarang hubungan patologi di antara simptom ubat dengan simptom penyakit. Tidak serupa dan tidak juga berlawanan, tetapi heterogenus dengan simptom penyakit. Beliau beranggapan tindakan itu adalah tidak bertanggungkawab dan amat berbahaya. Isu itu disebut di dalam nota kaki edisi ke 5, dan ditambah lagi dalam edisi ke 6. 

 

§ 23

"Semua pengalaman yang benar dan kajian yang tepat meyakinkan kita bahawa kaedah membenamkan penyakit atau merawat dengan penawar yang mempunyai simptom yang berlawanan (kaedah antipathic, enanthiopathic atau palliative) tidak dapat menyembuhkan, jauh sekali daripada membuang simptom-simptom penyakit yang hadir berterusan. Sebaliknya, selepas mendapat kelegaan sementara, penyakit itu menyerang semula dengan lebih hebat dan bertambah melarat lagi (lihat § 58 - 62 dan 69)."

 

§ 24

“Oleh itu, tidak ada cara lain dalam mengguna ubat yang dapat membantu merawat penyakit melainkan mengikut kaedah homeopati. Mengikut kaedah ini, kita merawat menggunakan ubat /penawar daripada sekian banyak ubat (yang kesan patogenik diketahui menerusi ujian ke atas individu-individu yang sihat), berasaskan keseluruhan simptom satu-satu penyakit. Iaitu penawar yang mempunyai kuasa dan kecenderungan menghasilkan penyakit buatan yang paling hampir dengan penyakit asal.”

 

§ 25

"Dalam semua percubaan, pengalaman yang benar  telah membuktikan dan mengajar kita bahawa penawar yang dalam tindakannya ke atas tubuh manusia yang sihat berkuasa melahirkan simptom-simptom yang serupa yang boleh diperhatikan dalam kes satu-satu penyakit yang dirawat, adalah juga berupaya mengetepikan secara cepat, radikal dan kekal keseluruhan simptom-simptom morbid (§ 6 - 16). Penawar yang diberikan dalam potensi yang bersesuaian itulah yang merubah kembali keadaan sakit kepada sihat, dan dengan itu juga bermakna semua penawar yang sedemikian berupaya menyembuhkan semua penyakit yang mana simptom-simptomnya paling hampir menyerupai simptom-simptom penawar, tanpa meninggalkan satupun dalam keadaan sakit."

Pengalaman yang dimaksudkan oleh Hahnemann ialah pengalaman daripada percubaan-percubaan homeopati yang berautoriti daripada orang yang bijaksana dalam seni kesembuhan yang satu-satunya. Ia bukanlah pengalaman pengamal perubatan biasa daripada sekolah perubatan lama yang memberikan preskripsi kompleks bagi penyakit-penyakit tanpa penyiasatan yang cermat. Doktor-doktor yang terlalu percaya kepada sekolah mereka itu hanya mengikut skema sistem patologi dan mengimpikan dapat menjumpai benda morbid yang dibayangkan. Katanya, mereka selalu menemui sesuatu tetapi tidak tahu dengan jelas apa yang mereka lihat, namun mereka peroleh keputusan. Keputusan berkaitan tenaga kompleks yang bertindak ke atas objek yang tidak diketahui hanya Tuhan sahaja dapat membuka hijabnya. Tidak ada pembelajaran mahupun pengalaman diperoleh daripada keputusan itu.

 

§ 26

“Fenomena ini adalah berdasarkan kepada undang-undang fitrah homeopati - undang-undang yang tidak dikenali hingga ke masa ini, sungguhpun ia menjadi penyebab bagi setiap kesembuhan hakiki yang pernah berlaku.” 

“Iaitu, satu-satu penyakit yang bersifat dinamik yang lebih lemah akan dihapuskan oleh jangkitan lain yang lebih kuat secara kekal, sekiranya jangkitan yang kemudian itu (yang bukan daripada spesis yang sama) amat serupa dengan jangkitan yang awal tadi dalam manifestasi simptomnya.”

Demikian terjemahan para 26 yang bersesuaian daripada Dr. Constantine Hering. Di dalam notanya, Dr. Hahnemann menjelaskan bahawa penyakit-penyakit moral dan fizikal disembuhkan melalui cara yang sama.  

  

LAMAN INDEKS


Malaysia

Visit us at: www.drhatta.com

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 1997-2020

 

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa carapun sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Sebarang perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti.

 

  Diterbitkan & Diedar oleh:

HBI Health & Homoeopathy Centre (Cawangan Kota Bharu)

2621 Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu

Kelantan.