§ 27
“Oleh itu juga, kuasa penyembuhan penawar adalah
berasaskan kepada keupayaan melahirkan simptom-simptomnya yang
serupa dengan penyakit tetapi lebih kuat atau unggul
(§ 12 -
26).
Maka dengan itu, satu-satu penyakit tidak boleh dihapuskan atau
disembuhkan secara cepat, menyeluruh dan kekal melainkan hanya
dengan bantuan ubat (penawar) yang berupaya melahirkan keseluruhan
simptom-simptom yang paling serupa dan lengkap serta lebih kuat
kuasanya (berbanding simptom-simptom penyakit) di dalam tubuh
manusia.”
§ 28
"Oleh kerana undang-undang kesembuhan tabii ini
terbukti di dalam tiap-tiap eksperimen dan kajian yang tulin, maka
fakta ini adalah sahih. Kerana itu, walau apapun yang diberikan oleh
penjelasan saintifik mengenai bagaimana ianya berlaku sudah tidak
begitu penting."
Seterusnya Dr. Hahnemann tidak
lagi menganggap usaha menerangkan perkara itu mustahak. Katanya:
“Saya tidak meletakkan sebarang nilai kepada
mana-mana penerangan yang mungkin diberikan di bawah tajuk ini; namun
pendapat berikut adalah amat munasabah kerana ia berdasarkan premis
yang diperoleh daripada pengalaman.”
§ 29
Edisi 5 dan 6
“Seperti
setiap penyakit (yang bukan semuanya memerlukan surgeri) hanya
mengandungi perubahan tenaga hayat yang bersifat dinamik, istimewa
dan morbid yang dimanifestasikan menerusi perasaan dan pergerakan,
begitulah juga halnya dalam kesembuhan homeopati. Dalam kaedah
homeopati ini, tenaga hayat yang dirubah secara dinamik oleh
penyakit ini disembuhkan dengan cara memberi penawar berpotensi yang
dipilih secara tepat berasaskan keserupaan-simptom, simptom yang
berupa manifestasi-penyakit buatan yang lebih kuat dan serupa.
Dengan itu, perasaan manifestasi-penyakit yang tabi'inya bersifat
dinamik terhenti dan hilang. Manifestasi-penyakit ini tidak lagi
wujud kerana tenaga hayat sudah dikuasai dan diperintah oleh
manifestasi-penyakit buatan yang lebih kuat. Pada waktu itu pesakit
bebas daripada penyakit, bahkan telah sembuh. Seterusnya tenaga
hayat dan tubuh fizikal boleh meneruskan hidup dalam keadaan sihat
wal afiat. Proses yang dimungkinkan ini bergantung pula kepada
saranan (fakta) berikut.”
Keseluruhan saringan di atas dipetik daripada edisi ke 6 Organon
berbanding ayat di dalam para 29 edisi ke lima.
Dalam edisi ke 5, Dr. Hahnemann ada menyebut bahawa ubat atau
penawar yang mempunyai jangka masa tindakan yang pendek memungkinkan
kuasa morbid buatan yang terhasil itu mudah dikendalikan oleh tenaga
hayat (vital force), walaupun ubat atau penawar itu lebih
kuat daripada penyakit tabii. Perkara ini ditekankan di dalam nota
kaki para 29 edisi ke 5 yang mana sudah dihapuskan dalam edisi ke
6.
LAMAN INDEKS
Malaysia