PRAKATA
As
salamu’alaikum wa rahmatuLlahi wa barakatuh.
Buku
Organon of Medicine merupakan sebuah buku yang ditulis dengan gaya
bahasa klasik. Meskipun kita hanya bergantung kepada naskhah terjemahan
bahasa Inggeris, kami berusaha untuk mempastikan maksud yang hendak
disampaikan oleh penulis, Dr. Samuel Hahnemann, menepati dengan terjemahan
yang kami persembahkan dalam Bahasa Malaysia.
Demi
mencapai maksud ketepatan terjemahan dan ulasan, kami telah menggunakan dua
buah buku terjemahan Organon dalam bahasa Inggeris. Yang utama sekali ialah
Organon of Medicine terjemahan Dr. William Boericke kerana buku itu
mengandungi kedua-dua edisi ke lima dan ke enam Organon. Buku kedua yang
kami rujuk ialah Organon of Medicine terjemahan Dr. Constantine
Hering, yang mengandungi hanya edisi ke lima.
Jika para
pembaca biasa melayari website www.homeolibrary.com, para pembaca
sekalian boleh mendapati kedua-dua terjemahan itu ada dipaparkan sebagai
rujukan kepada peminat-peminat homeopati dalam bahasa Inggeris. Laman yang
kami namakan sebagai Malaysia Homeopathy Cyber Library itu merupakan
laman maklumat dan sumber rujukan paling besar dalam bidang ilmu perubatan
homeopati di Malaysia dan disediakan secara percuma kepada umum.
Hampir
keseluruhan aforisme dalam Organon berjaya diterjemahkan dengan mengutamakan
maksud yang hendak dikomunikasikan oleh Dr. Samuel Hahnemann. Tetapi nota
kakinya yang penting, kami tidak abaikan sepenuhnya. Kami ulas nota kaki
tersebut secara ringkas dan kami masukkan petikan-petikan yang dirasakan
perlu serta penting diketahui oleh pembaca.
Oleh
kerana beberapa ubahsuai dilakukan bagi menyampaikan maksud dan terdapat
ulasan ringkas, maka buku ini tidak boleh dianggap sepenuhnya terjemahan.
Sebaliknya, ia merupakan saringan langsung beserta komentar penulis. Apa
yang berada di dalam pengikat kata (“ ”) adalah terjemahan langsung daripada
aforisme Organon of Medicine. Sementara yang lainnya ialah ulasan
penulis yang sebahagian besarnya adalah berpandukan nota kaki yang diberikan
oleh Dr. Hahnemann.
Mungkin
sebelum ini, pernah ditulis intisari atau saripati Organon oleh pihak
tertentu sebagai satu nota ringkas bagi tujuan kefahaman pelajar homeopati,
tetapi kami percaya bahawa keluaran ini adalah lebih padat dan sesuai
digunakan sebagai teks atau rujukan oleh para pelajar homeopati dan pembaca
yang berminat.
Kami
berharap para peminat, pelajar atau pengamal homeopati dapat menerima karya
ini sebagaimana adanya. Sebarang kesilapan dan kelemahan adalah pastinya
justeru kelemahan saya sebagai hamba Allah.
Sekian,
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD.
HBI
Homeopathy Consultant.