Dalam homeopati, terdapat
banyak pilihan remedi dalam kes angina. Kita harus lihat tentang karakter
sakit, emosi dan mental individu, pengaruh lain terhadap sakit individu dan
harus perhatikan modalitinya juga. Di dalam buku Panduan Praktikal
Terapeutik Homeopati, kita ada berikan contoh remedi untuk kes-kes tertentu.
Umpamanya, bila pesakit
angina pengsan, gelisah dan nadinya lemah, mungkin sesuai diberikan Acid
hydro. 30 atau 200. Tetapi dalam kes pesakitnya resah gelisah, perasaan
membakar, tersangat haus dan takutkan mati, Arsenicum alb. 6 atau 30
adalah paling seraksi.
Dapatkan buku ini segera
untuk lebih banyak maklumat.
Selain itu, sebagai tambahan,
pesakit yang alami perasaan menyucuk-nyucuk dalam kawasan kardiak atau
jantung, melarat bila bergerak sedikit, beliau sudah sesuai dengan remedi
Bryonia. Berikan Bryonia alb. 30 saat pesakit itu mengalami simptom tersebut.
InsyaAllah, keputusannya tidak akan mengecewakan.
Sebenarnya, dalam keadaan
biasa, jika kita ada remedi biokimia, ia pun berguna juga. Palpitasi nervous
jenis spasmodik dan simptom sakit mencerut sekeliling jantung mungkin saja
cukup dengan mengambil Magnesium phos. 6x.
Kalau dirasakan berguna,
pendapat Dr. Leo Bonnin boleh diterimapakai. Beliau menyatakan beberapa dos
kecil nitro-glycerine (atau Gnoloine homeopati) dalam dilusi homeopati kerap
kali dapat membantu dengan cemerlang justeru remedi tersebut mampu membuka
salur darah bagi tujuan pengaliran darah ke jantung dengan kadar yang
mencukupi.
Itulah sedikit pandangan
kami terhadap isu sakit angina jika berpandukan ilmu perubatan homeopati.
Salam sejahtera dan salam
homeopati buat anda yang sudi membaca.