LAMAN UTAMA

 

Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

Koleksi drhattadotcom - Tahun 2011

 TAFSIRAN ORGANON PERUBATAN

 

ORGANON APHORISM 1

 

Bahagian awal buku Organon Perubatan Homeopati (Organon 0f Medicine) yang ditulis oleh Dr. Samuel Hahnemann merupakan pengenalan kepada sistem perubatan homeopati.

Justeru Para Pertama (1) sekali telah dimuat oleh Hahnemann dengan kata-kata yang jelas mengenai tugas seorang doktor. Ini perlu difahami benar-benar oleh para doktor yang berhasrat mengamalkan amalan perubatan, khususnya homeopati.

Para 1 Organon ini menyatakan bahawa:

"The physician's high and only mission is to restore the sick to health, to cure, as it is termed.1"

atau:

"Setinggi-tinggi cita-cita dan tugas seorang doktor itu adalah mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki."

Untuk menjelaskan maksud beliau itu, nota kaki Para 1 menjelaskan dengan terperinci supaya pengamal homeopati tidak tergelincir dari matlamat sebenar seperti yang berlaku kepada para doktor alopati. Justeru misi seorang doktor bukan untuk menghasilkan sistem-sistem dengan menghubungkait hipotesis dan spekulasi kosong berkaitan hakikat kehidupan dan asal-usul penyakit di dalam diri manusia. Sedangkan inilah situasi di mana ramai para doktor menghabiskan masa dan bakat mereka pada waktu itu menurut Hahnemann.

Demikian juga bukan menjadi matlamat seorang doktor untuk memberikan penerangan panjang lebar mengenai fenomena penyakit dan sebab-sebab langsung kehadirannya. Justeru pada hakikatnya maklumat itu akan selamanya tersembunyi dari pengetahuan manusia. Sedangkan aktiviti penceritaan itu merupakan keghairahan para doktor alopati yang ingin popular, lantas penerangan mereka diadun dalam bahasa yang sukar difahami dan ekspresi yang abstrak serta diperbesar(gembar-gembur)kan.

Ini adalah kerana dengan cara itu barulah nampak seolah-olah para doktor itu sangat terpelajar. Tujuan mereka tidak lain melainkan untuk mengagumkan mereka yang jahil. Walhal pada saat yang sama manusia yang sakit merintih kesakitan memohon bantuan.

Jelas Hahnemann seterusnya di dalam nota kaki beliau, "Kami rasa sudah cukuplah sudah melayani mereka yang merasa terpelajar (yang merujuk kepada perubatan teoretikal dan di mana darjah profesor diinstitusikan), dan sekarang telah sampai masanya semua yang menggelarkan diri mereka doktor menghentikan kerja menamatkan penderitaan manusia sejagat dengan semata-mata bercakap. Bahkan sekarang hendaklah bertindak dengan niat benar-benar ingin menolong dan menyembuhkan."

 Oleh:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

(7 Julai 2011)

 

~ Dapatkan segera daripada penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~

 

 

   

LAMAN INDEKS


Malaysia

Visit us at: www.drhatta.com

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 1997-2020

 

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa carapun sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Sebarang perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti.

 

  Diterbitkan & Diedar oleh:

HBI Health & Homoeopathy Centre (Cawangan Kota Bharu)

2621 Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu

Kelantan.