ORGANON
APHORISM 2
P ada zaman beliau, Dr. Hahnemann berhadapan dengan suatu sistem dan para
doktor perubatan
semasa yang tidak mempersoalkan amalan perubatan konvensional mereka. Amalan
pada waktu itu banyak menggunakan purgatif, menyukarkan pesakit, penggunaan dadah
dalam dos yang tinggi, bekam (juga lintah untuk mengeluarkan darah) dan
merawat pesakit tanpa mengenalpasti penyakitnya dengan ubat yang tidak
dipastikan kesannya. Apa yang penting, simptom penyakit
disupres secara berterusan.
Cara rawatan yang sukar diterima oleh beliau dinyatakan dalam catatan beliau:
My sense of duty would not easily allow me to treat the
unknown pathological state of my suffering brethren with these unknown
medicines. The thought of becoming in this way a murderer or malefactor
towards the life of my fellow human beings was most terrible to me, so
terrible and disturbing that I wholly gave up my practice in the first
years of my married life and occupied myself solely with chemistry and
writing.
(http://www.gaia-therapy.com/info/homeo001.shtml)
Justeru,
pada Para 2 dalam Organon Perubatan, beliau menyarankan dan memperkenalkan Amalan Perubatan
yang sepatutnya diikuti. Di sini Dr. Samuel Hahnemann menyatakan:
"The highest ideal of cure is rapid, gentle and permanent
restoration of the health, or removal and annihilation of the disease in its
whole extent, in the shortest, most reliable, and most harmless way, on easily
comprehensible principles."
atau:
"Setinggi-tinggi hemah seorang doktor itu
ialah memberi kesembuhan secara menyeluruh dengan jalan yang cepat, lemah
lembut, berkekalan, yang paling kurang membahayakan, menurut kaedah yang
ma'kul."
Di mana di dalam buku pertama saya, "Perubatan Homoeopati", menurut
terjemahan saya yang asal daripada kuliah Diploma Lanjutan The British
Institute of Homoeopathy, saya nyatakan (pengertiannya masih sama)
seperti berikut:
“ Cara penyembuhan
yang paling ideal iala mengembalikan kesihatan
dengan jalan yang cepat, lemah-lembut dan berkekalan, atau menyembuhkan
penyakit secara keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat
dipertanggungjawab serta paling tidak memudaratkan menurut kaedah yang ma’kul.”
Terjemahan kandungan kuliah itu kelihatan
lebih menarik. Sebab itu saya katakan bahawa saya amat menyenangi kaedah
pembelajaran daripada The British Institute of Homeopathy itu. Apapun,
para 2 Organon itu sebenarnya menjelaskan mengenai cara rawatan yang benar
dan sepatutnya dipilih dalam amalan perubatan yang murni.
Jadi, maksud
tersirat di dalam ayat berkaitan dengan cara penyembuhan yang ideal itu adalah:
J alan
yang ‘cepat’ (rapidly) bermaksud “tanpa penangguhan yang tidak
perlu, merugikan masa dan wang”. Sementara `lembut dan ...... paling
tidak memudaratkan’ memberi erti melakukan “dengan mesra dan tanpa kesan
sampingan dadah (toxic) akibat daripada terlampau banyak ubat.”
Sementara ‘berkekalan’ bermaksud “dengan tidak menekan simptom- simptom
yang memungkinkan ia muncul kembali dalam apa bentuk sekali pun”. Ini
ditekankan kerana rawatan secara menekan (suppressed) seperti dalam
amalan alopati sebenarnya tidak menyembuhkan.
Seterusnya kenyataan Hahnemann mengenai ‘keseluruhan penyakit’ merujuk
kepada “bukan satu simptomn, tetapi keseluruhan simptom-simptom.” Dan
istilah keseluruhan penyakit atau keseluruhan simptom ini disebut beberapa
kali di tempat-tempat yang lain dalam Organon.
Dan a khir
sekali, ‘kaedah yang ma’kul’ dalam ayat di atas membawa erti “dengan
tidak menggunakan sihir atau kepercayaan karut, tetapi sebaliknya
hendaklah mengikut cara yang saintifik”.
Harus diingat bahawa kaedah saintifik ini
didahulukan sejak dari awal lagi oleh Dr. Samuel Hahnemann. Namun saintifk
itu yang dilihat pada pandangan homeopati diterbalikkan maksudnya oleh
perubatan lama atau konvensional, sehingga kaedah-kaedah yang digunakan oleh
homeopati itu dianggap sebagai tahyul. Tafsiran homeopati yang bukan
berasaskan kebendaan (material) semata-mata sebaliknya dimomokkan
oleh sekolah perubatan konvensional yang materialistik.
Demikian maksud para 2 Organon Perubatan.
Dan Hahnemann memberi penegasan ini sewaktu perubatan Barat masih lagi belum
mendapat cahaya kemajuan seperti yang dicapai hari ini. (8 Julai 2011)
Oleh:
Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
~ Dapatkan segera daripada
penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~
LAMAN INDEKS
Malaysia
Visit us at:
www.drhatta.com
|
©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 1997-2020
Hakcipta
terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa carapun
sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Sebarang perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti.
Diterbitkan
& Diedar
oleh:
HBI
Health & Homoeopathy Centre
(Cawangan
Kota Bharu)
2621
Jalan Hospital,
15200
Kota Bharu
Kelantan.
|