ORGANON
APHORISM 3
P ara 3 Organon menerangkan bahawa seorang doktor itu dianggap benar-benar
pengamal seni kesembuhan sebenar sekiranya dia faham perkara-perkara seperti
apa yang boleh disembuhkan dalam penyakit bagi setiap kes individu, apa yang
boleh disembuhkan oleh ubat-ubat tertentu, serta bagaimana menggunakan ubat
mengikut prinsip-prinsip yang betul. Di sini dia tahu menyesuaikan apa yang
menjadi penyakit bagi pesakit dengan penawar, tahu berapa dos diperlukan,
tahu bila boleh diulangi dos dan juga bagaimana pula caranya menghilangkan
idapan agar ia pulih sepenuhnya."
Sebenarnya, sebagai pengenalan, Hahnemann sekadar memberikan asas-asas dalam
mengamal homeopati, dan belum lagi menerangkan secara terperinci.
Mula-mula:
"Seorang doktor itu dianggap benar-benar
pengamal seni kesembuhan dan benar-benar faham bagaimana merawat secara jitu
dan rasional sekiranya dia faham perkara-perkara seperti apa yang boleh
disembuhkan dalam penyakit bagi setiap kes individu (pengetahuan tentang
penyakit - petunjuk), apa yang boleh
disembuhkan oleh ubat-ubat tertentu (ilmu mengenai kuasa-kuasa penawar), serta bagaimana menggunakan ubat
terhadap apa yang dia temui sebagai morbid dalam diri pesakit mengikut
prinsip-prinsip yang betul, agar kesembuhan menyusul."
"Yakni bagaimana menyesuaikan apa yang
menjadi penyakit bagi pesakit dengan penawar yang paling sesuai (pilihan
remedi, penawar yang ditunjuki), demikian juga dari segi cara penyediaan yang
tepat dan kuantiti yang diperlukan (dos yang betul), serta masa yang sesuai
boleh diulangi dos."
Sebagai doktor homeopati yang sebenar,
dia juga harus mengetahui bagaimana caranya menghilangkan idapan agar
pesakit
pulih sepenuhnya. Justeru Hahnemann seterusnya menjelaskan sebagai pengamal
yang sahih, dia juga harus
"...mengetahui halangan-halangan kepada
kesembuhan dalam setiap kes dan sedar bagaimana membuangnya - agar dengan itu
pemulihan menjadi kekal."
Sebagai homeopath, dia bukan sahaja harus mengenali
apa itu "halangan-halangan kesembuhan", sebaliknya dia juga mampu memberi
maklum balas kepada pesakit mengenai halangan-halangan itu dan cara-cara
membuangnya. Ini termasuk pantang larang berkaitan makanan, keadaan
environmen, masalah kekeluargaan dan sebagainya.
Sekian. (saya sarankan anda membaca perbincangan dalam
internet berkaitan perkara ini. Lihat medicinegarden.com)
Oleh:
Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
~ Dapatkan segera daripada
penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~
LAMAN INDEKS
Malaysia
Visit us at:
www.drhatta.com
|