ORGANON
APHORISM 4

B ahagian seterusnya kita dimaklumkan bahawa sebagai pengamal kita harus tahu
apakah yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit. Kemudiannya bagaimana pula
membuang penyakit itu. Mengalih "halangan kesembuhan" yang dibicarakan
dahulu mungkin merupakan satu daripada usaha membuang sebab timbulnya sesuatu
penyakit.
Hahnemann menyatakan pada para ini seperti berikut:
"He is likewise a
preserver of health if he knows the things that derange health and cause
disease, and how to remove them from persons in health."
Atau:
"Dia juga harus tahu mengenai
apa-apa yang boleh mengganggu kesihatan seperti tata-cara penjagaan
kesihatan dan kebersihan yang boleh membawa kepada kehadiran penyakit,
begitu juga dia harus tahu bagaimana membuang punca yang menyebabkan sakit
itu."
Orang yang merawat dan menjadi tempat rujukan harus tahu
apakah tata-cara menjaga kesihatan dan kebersihan supaya kekal sihat. Jika
ini diketahui, apa-apa yang mengalih seseorang kepada keadaan tidak sihat
itu boleh dilihat dengan jelas.
Amalan merokok, pemakanan tidak seimbang atau tidak
bervitamin, pengambilan dadah, gangguan emosi, keadaan trauma, bahkan miasma
mungkin menjadi penyebab kepada kesihatan seseorang terganggu dan seterusnya
mendapat penyakit. (atau berterusan diganggu sakit)
Jika rawatan homeopati diberi tetapi amalan ini masih
diamalkan oleh pesakit (atau gangguan itu tidak diketepikan), besar kemungkinan kesihatan yang lebih berkekalan
tidak akan tercapai.
Adalah menjadi tanggungjawab pengamal untuk menyiasat dan
mengetahui perkara seumpama ini justeru apabila punca penyakit ini dibuang
barulah tenaga hayat dapat menjalankan fungsinya ke arah kesembuhan.
Wa Llahu 'a'lam.
Oleh:
Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
~ Dapatkan segera daripada
penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~


LAMAN INDEKS
Malaysia
Visit us at:
www.drhatta.com
|