LAMAN UTAMA

 

Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

Koleksi drhattadotcom - Tahun 2011

 TAFSIRAN ORGANON PERUBATAN

 

ORGANON APHORISM 5

 

Sambungan kepada tulisan semalam, Dr. Hahnemann melanjutkan Aphorismenya di para 5 dengan katanya:

 "Useful to the physician in assisting him to cure are the particulars of the most probable exciting cause of the acute disease, as also the most significant points in the whole history of the chronic disease, to enable him to discover its fundamental cause, which is generally due to a chronic miasm. In these investigations, the ascertainable physical constitution of the patient (especially when the disease is chronic), his moral and intellectual character, his occupation, mode of living and habits, his social and domestic relations, his age, sexual function, etc., are to be taken into consideration."

Walaupun baru sekadar pengenalan, beliau sudahpun menunjukkan suatu pendekatan dalam pengambilan kes pada para 5. Di mana dalam hal ini, segala butiran yang berkaitan dengan sebab-sebab bagi timbulnya penyakit akut atau sejarah yang membawa kepada individu itu mendapat penyakit kronik perlu dikutip dan direkod.

 

Terjemahan bagi para di atas boleh disimpulkan seperti berikut:

  "Bagi membantu usaha-usaha menyembuhkan, doktor itu juga patut mengetahui secara terperinci apa-apa yang menyebabkan timbulnya penyakit akut dan apa-apa yang membawa kepada penyakit kronik yang boleh disusur dari sejarah lahirnya. Dalam penyiasatan seperti ini, dia harus melihat dari segi konstitusi fizikal, karakter moral dan intelek, pekerjaan, cara hidup dan tabiat, hubungan keluarga dan sosial, usia, fungsi seksual dan sebagainya."

Di sini, ternyata sekali kita tidak harus mengadakan sesi perjumpaan dengan pesakit secara semberono. Kita harus meluangkan lebih masa supaya dengan itu kita boleh mengumpul sebanyak mungkin simptom yang perlu daripada pesakit.

Setiap simptom pesakit adalah penting bagi pengamal homeopati klasik. Lagi banyak informasi diperoleh, lagi mudah kita sampai kepada menyelesaikan masalah kes.

Justeru tanpa teragak-agak, Dr. Hahneman menerangkan peri pentingnya seorang pengamal itu mendapatkan maklumat atau mencerap karakter intelek dan akhlak, pekerjaan, tabiat dan gaya hidup, pergaulan sosial dan hubungan domestik, umur, kehidupan seksual dan seumpamanya. Apa yang disebutkan ini akan membantu kita mengenali konstitusi pesakit.

Demikian juga, walaupun beliau masih belum membicarakan tentang pembahagian jenis penyakit (yang akan dibicarakan kemudian di dalam aphorisme di tengah-tengah buku Organon dengan lebih terperinci), beliau sudahpun memaklumkan bahawa penyakit kronik adalah "causative" sifatnya, yang mana mungkin diperoleh sejak lahir (diperturunkan) ataupun dijangkiti akibat cara lain (seperti akibat pembenaman).

Demikian kenyataan para 5 yang amat jelas, ringkas, padat.

Wa Llahu 'a'lam.

 

 Oleh:

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

(11 Julai 2011)

 

~ Dapatkan segera daripada penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre ~

 

 

   

LAMAN INDEKS


Malaysia

Visit us at: www.drhatta.com

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 1997-2020

 

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa carapun sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Sebarang perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti.

 

  Diterbitkan & Diedar oleh:

HBI Health & Homoeopathy Centre (Cawangan Kota Bharu)

2621 Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu

Kelantan.