HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

 

 

Siri Buku HBI

Homeopati: Perubatan Alaf Baru

 

Kandungan

B

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bab 10

Bab 11

ab 1

 

 

1

 

PENGENALAN: PERUBATAN PILIHAN

 

 

 

 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, satu revolusi yang besar dalam pemikiran mengenai kesihatan dan penyakit telah muncul. Bermula dengan masyarakat awam yang bertimbang rasa dan bermaklumat  yang sedang mencari cara yang lebih efektif dalam menangani  penyakit-penyakit kronik, ia dengan sendirinya telah mem- pengaruhi orang-orang yang terlibat dalam profesion perubatan dan pembuat  dasar dalam kerajaan.

         Adalah sukar untuk menjejaki secara tepat bilakah bermulanya asas pemikiran ini di zaman yang serba moden. Dari segi sejarah, ia  mengunjur  ke belakang di masa  Hippocrates  dan  sebelumnya, tetapi dengan kemajuan teknologi dan akibat  pandangan dunia materialistik, ianya sirna buat seketika. Kemunculan semula pemikiran ini telah dipengaruhi oleh kemajuan ilmu psikologi, pandangan ilham-Esalen mengenai insan menyeluruh, kebangkitan semula kesedaran rohaniah dan mistik, malahan juga oleh kesedaran mengenai ekologi. Ianya merupakan satu revolusi yang diilhamkan oleh tingginya tingkat pendidikan yang dicapai di zaman moden.

(ms 1)

            Natijah yang timbul daripada perkembangan ini ialah lahirnya kepelbagaian klinik-klinik, kelas-kelas, seminar-seminar, penerbitan-penerbitan dan badan-badan perniagaan yang digambarkan secara longgar sebagai pergerakan “kesihatan holistik”. Konsep (@ prinsip - pen.) asasnya ialah tiap seorang daripada  kita merupakan suatu keseluruhan yang bersepadu. Kita tidak dipisahkan kepada bahagian-bahagian yang berasingan yang masing-masing membawa satu penyakit atau kategori diagnostik yang spesifik. Kita tidak boleh dibahagikan oleh sebarang kepercayaan, cara hidup, perhubungan atau terapi tanpa  melanggar  undang-undang sejagat yang fundamental.

            Setiap orang daripada kita adalah individu yang unik, menyeluruh dan lengkap, berfungsi sebagai keseluruhan dalam hubungan dengan alam semesta yang mengelilingi kita. Kesemua  kedudukan kesihatan atau penyakit mesti dipandang dalam konteks  ini. Sekiranya kita menyimpang daripada perspektif ini, kita akan mengalami kekacauan dan penyakit (tidak-sihat). Sebaliknya, lebih dekat kita hidup dalam lingkungan prinsip ini, lebih banyak kita menikmati kedudukan keharmonian dan vitaliti yang seimbang.

            Prinsip asas yang kedua dalam pendekatan holistik ialah bahawa cara yang paling efektif, bahkan satu-satunya, cara  untuk menyembuh sakit-demam ialah dengan meningkatkan kesihatan orang yang ditimpa sakit. Terdapat pengiktirafan asas bahawa  semua makhluk hidup adalah digerakkan oleh satu ‘vital force’  yang apabila diganggu akan membawa kepada sakit dan apabila diaktifkan membawa  kepada  kesihatan. Kuasa ini (yang disebut  ‘Chi’ oleh orang-orang Cina, dan ‘prana’ oleh orang-orang Hindu) masih belum boleh dipisahkan, dicerap atau ditimbang secara saintifik, tetapi setiap seorang daripada kita sedar tentang  kewujudannya dalam diri kita. 

(ms 2)

            Kita semua telahpun membuat pemerhatian bahawa setengah daripada rakan-rakan kita menikmati tingkat vitaliti yang lebih tinggi daripada yang lain. Setiap orang daripada kita mengalami naik turun tenaga kekuatan dari jam ke jam dan dari hari ke hari; kita cenderung untuk memberi sebab-sebab  berlakunya perubahan-perubahan ini kepada stres, diet, tidur dan sebagainya. Tetapi apapun ‘sebab’ yang dinyatakan, namun pengalaman itu ialah peningkatan atau penurunan tenaga vital.

            Kemudiannya pengamal rawatan holistik membantu ‘klien’nya bagi mengenalpasti: pelbagai aspek kehidupannya yang cenderung untuk meningkatkan proses semulajadi, dan aspek-aspek mana yang cenderung  untuk menentang proses semulajadi tersebut. Lantas, tanggungjawab utama demi mencapai kesembuhan pesakit diletakkan di atas bahu klien itu sendiri.

            Dalam konteks ini, simptom-simptom dilihat sebagai  usaha tubuh untuk sembuh sendiri atau untuk menunjukkan tanda-tanda distres, dan ianya dihormati sebagai demikian - yang mana  ini bertentangan dengan pendekatan perubatan yang standard di mana simptom-simptom dipandang sebagai gangguan-gangguan  yang  perlu ditekan.

            Benarkan saya bincangkan beberapa prinsip amalan  holistik demi untuk menjelaskan latar belakang bagaimana homeopati seharusnya dilihat.

            Pendekatan holistik yang pertama yang mendapatkan penerimaan meluas daripada pemahaman biasa orang  awam  ialah pemakanan. Ianya  mula diperkenalkan oleh pengarang Adelle Davis pada tahun 1950an. Pemakanan yang baik segera diiktiraf sebagai suatu yang pokok kepada kesihatan sejati. Sebaik saja kesedaran mengenai keperluan kepada keseimbangan zat-zat makanan yang betul semakin bertambah,  orang  awam  mulai  (ms 3)  meminta nasihat daripada para doktor mereka tentang diet dan vitamin-vitamin - tetapi akhirnya mereka mendapati bahawa mereka sebagai orang awam mengetahui lebih banyak dalam bidang ini berbanding doktor mereka sendiri. Ini merupakan  langkah utama dan pertama dalam pembubaran secara beransur-ansur unsur-unsur mistik yang menyelubungi ilmu  perubatan.

         Beberapa ketika kemudian, pergerakan bersabit pemakanan menjadi besar melebihi peringkat ikut-ikutan yang dimulakan oleh Adelle Davis dan mereka kembali kepada jenis pemakanan di mana bangsa  manusia dahulunya berkembang. Tetapi dua prinsip telah ditekankan, iaitu: persediaan tentang pemakanan yang betul (terutamanya menerusi bijirin, kekacang, sayur-sayuran, dan buah-buahan), dan detoksifikasi tubuh menerusi pelbagai cara. Lantas, vital force telah dipertahankan menerusi keseimbangan zat-zat makanan yang betul dan dengan itu dibebaskan daripada dibebani keracunan toksik.

         Sebagai tambahan kepada pemakanan dan detoksifikasi,  keperluan asas tubuh yang ketiga ialah riadah atau bersenam. Dari mula hingga akhir evolusi, sehinggalah kepada kurun terakhir, senaman merupakan satu aspek penting kehidupan harian. Di beberapa tahun  yang mutakhir kita telah dapati ledakan minat  yang benar-benar terhadap senaman, bukan saja sebagai satu  terapi, bahkan juga sebagai satu bentuk pelahiran diri dan suatu  keseronokan.

         Pemakanan dan senaman adalah elok untuk mengekalkan  kesihatan yang sedia ada, tetapi bagaimana dengan mereka yang memerlukan terapi? Sebagai jawapan, tiba-tiba rawatan ‘akupuntur’ ditemui. Akupuntur merupakan satu teknik di mana jarum diletakkan dengan hati-hati dan secara sistematik ke dalam kulit  dalam lokasi strategik dengan tujuan untuk merangsang pengaliran vital force menerusi saluran-saluran atau lorong yang dikenali sebagai meridian.

(ms 4)

         Dalam sistem ini, sakit-demam dipandang sebagai satu halangan atau ketidakseimbangan pengaliran vital force, yang mana boleh diimbangkan semula melalui tusukan jarum-jarum.

         Pada waktu yang sama, pelbagai teknik lain yang bertujuan melakukan usaha yang sama telah samada ditemui semula atau dipopularkan, seperti: urut polariti, urut Lomi, refleksologi, teknik-teknik pergerakan dan postur, hatha yoga, chiropractics, osteopati dan lain-lain. Dengan kedapatan kesemua teknik-teknik ini, mereka yang mengalami penyakit kronik mulai mempercayai bahawa  proses kesembuhan semulajadi tubuh boleh diasuh-usaha tanpa rintangan, dan diimbangi semula dengan faedah yang memang pasti - juga tanpa kesan toksik ubat dadah, radiasi atau pembedahan.

         Malangnya, harapan tinggi yang diletakkan oleh mereka  yang menderita penyakit kronik di awal tadi telah dikecewakan  pada akhirnya. Walaupun teknik-teknik baru itu memberikan sedikit keselesaan, kesembuhan masih berada di tahap yang sama  seperti perubatan tradisi. Demi untuk mendapat faedah yang  ber- terusan pesakit mesti meneruskan rawatan secara berkala, walau- pun hasilnya kerap pula semakin menyusut dan bersifat sementara. Pendekatan-pendekatan baru tersebut masih berupa teknik-teknik, tanpa wawasan asasi dalam meneroka asal-usul penyakit kronik dan tanpa prinsip-prinsip yang kukuh sebagai asas terapi.

         Dalam konteks inilah ternyata bahawa sejumlah besar masyarakat telah berpaling kepada sains homeopati yang begitu  sofistikated. Hasil daripada pengalaman saya dalam praktis selama  dua puluh tahun, barangkali ianya merupakan ubatan @ penawar semulajadi yang paling efektif terhadap sakit-demam akut dan kronik yang wujud hari ini. Akhirnya (melalui homeopati), intisari perubatan holistik telah berjaya dicapai dan kesembuhan sebenar telah menjadi satu realiti, bukan lagi semata-mata satu mimpi.

(ms 5)

         Homeopati merupakan suatu metode yang sangat sistematik dalam merangsang vital force tubuh secara bertenaga dalam usaha menyembuhkan sebarang sakit-demam. Ia didasarkan di atas beberapa prinsip yang mudah tetapi berkefahaman mendalam berkenaan Alam Tabii. Prinsip-prinsip ini pula mungkin ber- lawanan dengan kepercayaan umum.

         Dalam keadaan bagaimanapun, homeopati adalah suatu disiplin yang terlalu sofistikated untuk dipelajari dalam beberapa seminar atau dengan membaca buku ini. Prinsip-prinsipnya adalah mudah dari segi konsep tetapi sukar untuk memahami keseluruhannya, dan ianya memerlukan latihan intensif selama bertahun-tahun serta pengalaman untuk mengamal - yakni selama beberapa tahun sebagaimana sekolah perubatan yang standard atau mungkin  lebih  lama lagi.

 

George Vithoulkas

(diterjemahkan daripada buku Homoeopathy:

Medicine of the New Man)

 

<Atas>

 

--------- o ---------

 

Hakcipta 1999 (CD Copyright 2005) Ó Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD