|
|
HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE
|
|
|||||||||||
|
Siri Buku HBI Homeopati Perubatan Alaf Baru B
|
HOMEOPATI: RINGKASAN SEJARAH DAN FALSAFAH
Konsep dan undang-undang
fundamental homoeopati telah bermula sejak abad ke 5 sebelum Masehi, iaitu di
zaman Hippocrates yang merupakan seorang ahli perubatan Greek yang
masyhur. Hippocrates pernah berkata:
“...Menerusi benda yang serupa sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi
aplikasi yang serupa ianya disembuhkan.” Sungguhpun begitu, orang yang
bertanggungjawab mencanang dan membangunkan konsep di atas kepada satu sistem
perubatan yang saintifik dan sistematik ialah seorang ahli perubatan German
yang lahir di Meissen pada tahun 1755.
Beliau ialah Dr. Samuel Hahnemann, iaitu seorang yang mahir dalam
pelbagai bahasa, ilmu kimia dan ilmu perubatan konvensional. Malangnya
beliau tidak berpuas hati dengan amalan perubatan di zamannya yang
mementingkan pembuangan penyakit dan pembedahan yang terpaksa melalui proses
yang menderitakan pesakit. Tambahan lagi, ubat-ubat berbahaya begitu mudah
sekali diberikan kepada pesakit-pesakit yang sukar disembuhkan. Dalam
ungkapan Dr. Hahnemann sendiri, kenyataan ini menunjukkan “lebih ramai manusia mati akibat
rawatannya berbanding kerana penyakitnya”. ( ms 7 ) Beliau
lantas meninggalkan amalan perubatan ortodoks yang dipelajarinya dan beralih
kepada kegiatan menterjemah buku-buku untuk menyara hidup keluarganya. Usaha
penterjemahan beliau meliputi terjemahan buku-buku daripada bahasa Perancis,
Inggeris dan Greek ke bahasa German. Sambil menterjemah buku-buku tersebut ke
bahasa ibundanya, beliau tidak lupa memberi pandangan peribadi beliau. PENEMUAN SISTEM PERUBATAN Sewaktu
sedang menterjemah buku “A Treaties on
Materia Medica” yang ditulis oleh Dr. William Cullen daripada bahasa
Inggeris ke bahasa German, tiba-tiba beliau telah diilhamkan dengan penemuan
remedi herba untuk penyakit malaria. Beliau terus mencuba beberapa dos remedi
herba Cinchona untuk melihat
kesannya. Jelas kepadanya Cinchona
mampu menghasilkan simptom-simptom penyakit malaria seperti sakit kepala,
me-ngantuk dan demam menggeletar. Berikutan
kejadian itu, beliau menyimpulkan bahawa sebenarnya simptom-simptom
menunjukkan cara tubuh melawan penyakit, dan penawar-penawar yang boleh
menghasilkan simptom-simptom yang serupa sebagaimana simptom-simptom penyakit
akan membantu ke arah kesembuhan. Idea
atau penemuan beliau ini bukanlah sesuatu yang baru. Malah ia dikatakan
sebagai penemuan semula prinsip kuno yang dahulunya pernah disebut oleh
Hippocrates sebagai “like cures like.” Dengan
penemuan beliau ini, lahirlah satu sistem perubatan yang dikenali sebagai “homoeopathy.” Iaitu satu sistem
perubatan yang cukup berbeza daripada perubatan konvensional yang digelar
oleh Dr. Samuel Hahnemann sebagai sistem “allopathy.”
( ms 8
) Dari
segi istilahnya, perkataan “homoeopathy”
berasal daripada dua perkataan Greek iaitu ‘homoios’ yang bermakna ‘serupa’ dan ‘pathos’ yang bererti ‘perasaan’ atau ‘penyakit’. Jadi, homeopati bermakna ‘serupa
penyakit’ atau ‘serupa perasaan’, yang merujuk kepada rawatan penyakit atau
pesakit menerusi prinsip “serupa dengan yang serupa”. Dalam
ertikata lain, sekiranya seseorang itu mengalami cirit-birit dan
muntah-muntah, maka ia akan dirawat secara homeopati dengan penawar yang mampu merangsang simptom cirit-birit
dan muntah-muntah yang serupa. Dalam hal ini, sistem ini seharusnya
berdasarkan kepada cara lembut membantu pesakit menuju kesembuhan. KUASA HAYAT Dalam sistem perubatan
homeopati, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan vital force dan mengembalikannya
kepada kekuatan yang optimum.
Berlainan daripada rawatan alopati yang hanya mengambilkira alam
material organisme, homeopati menjangkau jauh sehingga kepada alam rohaniah
organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit. Vital force, sebagaimana yang
diistilahkan sebagai ‘bioenergy’
merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia
berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan
roh di samping terdapatnya kuasa penyembuhan dalaman tubuh. Menurut Dr.
Samuel Hahnemann - iaitu bapa sistem perubatan homeopati, kewujudan kuasa
hayat ini menyebabkan organisme manusia dalam keadaan sihatnya dapat merasa,
bertindak dan mempertahankan dirinya.
Kerana itu, seseorang individu itu dapat memainkan semua fungsi
hidupnya di samping melahirkan keturunan. ( ms 9
) Apabila
sakit mampir menyerang, keseluruhan insan menjadi sakit: termasuk tubuh,
minda dan rohaninya. Dari segi falsafah perubatan homeopati, sungguhpun tubuh
badan insan tersebut mempamirkan simptom-simptom sakit tetapi asal usul sakit
demam itu bukannya daripada fizikal tubuh atau sebab-sebab patologinya.
Bahkan punca sakit demam itu ialah kerana berlakunya ketidakseimbangan kuasa
hayat. Ketidakseimbangan inilah yang menjadi faktor utama timbulnya
simptom-simptom fizikal serta gangguan perasaan, minda dan rohaninya. Sejauh
mana benar kenyataan ini boleh dirujuk kepada pengalaman peribadi setiap
individu. Dalam sesetengah keadaan sakit yang boleh mengganggu vital force, tubuh fizikal mungkin
tidak mempamirkan sebarang perubahan yang boleh dikesan dan menyebabkan ia
dianggap sihat dan normal pada pandangan biasa dan doktor alopati. Pesakit
yang mengalami gangguan akibat ketidakseimbangan kuasa hayatnya tentu tidak
akan berpuas hati dengan diagnosa dan keputusan yang diberikan oleh doktor
tersebut. Ini akan menyebabkan si pesakit itu bermusafir dari seorang doktor
kepada seorang doktor atau tabib yang lain dalam usahanya mendapat kesembuhan
yang tulin. Usaha
dan pencarian seorang musafir seperti ini akan berterusan sehinggalah ia
menjumpai seorang doktor, tabib atau pengamal yang dapat memperbaiki ketidakseimbangan
yang berlaku di dalam dirinya. Bertitik-tolak dari situ, maka tugas utama
rawatan homeopati ialah mengembalikan keseimbangan kuasa hayat tersebut,
iaitu dengan cara memperbaiki sebarang perubahan dalaman kuasa hayat si
pesakit atau dengan cara merangsang sistem atau mekanisme tubuhnya. Matlamat
ini hanya tercapai apabila semua simptom-simptom penyakit dan tanda-tanda
yang ditanggapi pesakit telah dapat dihilangkan dengan pasti. Di
dalam buku “Organon”nya, Dr. Samuel
Hahnemannn menjelaskan konsep vital
force ini sebagai wujud bersekali dengan ( ms 10
) lahirnya insan dan kehidupan. Apabila insan itu mati, tubuh fizikalnya
tetap ada tetapi tidak lagi boleh membantu proses kesembuhan. Ini disebabkan
kuasa hayat yang menjadi asas kepada kesembuhan telah meninggalkan tubuh
bersama ar-Ruh. PRINSIP-PRINSIP HOMEOPATI Pada umumnya terdapat
sekurang-kurangnya tiga prinsip fundamental homeopati klasik. Prinsip yang paling asas ialah ‘undang-undang Seraksi’. Sementara prinsip kedua dan ketiga terdiri
daripada ‘undang-undang dos minimum’ dan ‘individualisasi’. Individualisasi
juga boleh disebut sebagai proses ‘rawatan pesakit secara menyeluruh’. Undang-undang
Seraksi disebut dalam bahasa Latin sebagai ‘Similia Similibus Curentur’ yang bermakna ‘biar yang serupa
disembuhkan dengan yang serupa’.
Atau boleh juga disebutkan bahawa dalam homeopati, satu-satu bahan
akan digunakan sebagai penawar hanya sekiranya ia mampu merangsang
simptom-simptom yang serupa atau hampir sama kepada orang yang sihat
sebagaimana simptom-simptom yang ditunjukkan
oleh pesakit. Sebagai
contoh, sekiranya Arsenicum mampu
merangsang simptom cirit-birit dan muntah-muntah apabila diambil dalam dos
yang besar oleh orang yang sihat, maka ianya munasabah untuk mempreskripsi Arsenicum sebagai rawatan kes
cirit-birit dan muntah-muntah, dengan andaian simptom-simptom lain juga
serupa. Prinsip
kedua, seperti yang disebutkan ialah penggunaan dos kecil daripada penawar
yang dipotentaiskan. Dalam hal ini, penawar itu tidak akan diberi dalam bentuk
mentah, sementara kuantiti beserta kekerapannya juga diminimumkan. Ini dapat ( ms 12 ) dilakukan
setelah setiap bahan penawar itu disediakan melalui proses yang disebut
sebagai “potentisation”. Oleh
kerana proses ‘potentisation’ atau perkuatan
kuasa menambahkan kuasa penawar, semakin tinggi potensi satu-satu penawar
semakin kuat kuasa penyembuhannya. Dalam proses perkuatan kuasa itu, kesan
sampingan pengambilan penawar juga didapati boleh dikurangkan. Malah boleh
dikatakan kesan buruk dapat dielakkan sama sekali. Justeru
itu, Dr. Samuel Hahnemann mengusulkan bahawa mempreskripsi remedi hmoeopati
dalam dos yang kecil adalah secara terapeutiknya berkesan dan keselamatannya
terjamin. Ini bersesuaian dengan tulisan beliau dalam bukunya “Organon” yang menyatakan: “the
highest ideal of therapy is to
restore health..... in the least harmful way.” Prinsip
yang ketiga iaitu individualisasi merupakan prinsip yang memberi penekanan kepada aspek holistik
dalam rawatan homeopati. Dalam hal ini, seseorang itu tidak akan dianggap
sebagai pembawa penyakit. Sebaliknya, pesakit itu akan dilihat oleh pengamal
dari segi konstitusi, daya intelek dan sifat afektifnya, gaya hidup,
perangai, hubungan kekeluargaannya dan pelbagai aspek lagi secara keseluruhan. Kesan
daripada individualisasi dalam rawatan homeopati ialah seseorang homoeopath atau ahli homeopati itu
perlulah berusaha memadankan hubungan simptom-pesakit-penawar. Ini berbeza
daripada amalan biasa di mana para doktor umumnya sekadar memadankan antara
simptom(penyakit)-ubat yang merupakan asas sistem perubatan konvensional atau alopati. Ini juga bermakna, pesakit yang mengalami sakit
atau penyakit yang sama tidak akan diberikan penawar yang sama. Sebaliknya,
andaikan terdapat dua orang yang datang mengadu sakit kepala, mereka ( ms 12 ) mungkin menerima penawar yang berlainan
justeru berbezanya simptom dan konstitusi. Sungguhpun
mengamal ketiga-tiga prinsip di atas dianggap sudah mencukupi, adalah lebih
berfaedah sekiranya seorang pengamal itu seharusnya dapat menambah satu lagi
prinsip dalam amalannya. Prinsip itu ialah sikap ‘empathy’ pengamal terhadap pesakit. Yang dimaksudkan dengan empathy ini ialah sikap prihatin,
lemah lembut, peramah, sabar, bertanggungjawab dan memahami keadaan pesakit. Dengan
itu, barulah unsur holistik dalam rawatan homeopati itu dianggap lengkap. PEMILIHAN PENAWAR Keseluruhan prinsip-prinsip asas
yang disebutkan tadi, terutamanya individualisasi dalam rawatan dan
undang-undang seraksi, pastinya menjurus dan memerlukan kepada penawar yang
berbeza untuk pesakit yang berlainan yang mengidap penyakit yang sama. Ia
memang tidak sama dengan amalan alopati dalam perkara ini justeru ubat-ubat
alopati biasanya boleh digunakan bagi merawat sesiapa sahaja
yang mempunyai penyakit yang
sama. Umpamanya,
panadol atau paracetamol tentunya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang
didatangi demam atau sakit kepala yang biasa, dan kesannya secara keseluruhan
adalah sama untuk kebanyakan individu. Tambahan lagi, ubat konvensional alopati
tidak diberi dalam bentuk potensi seperti yang diamalkan dan dipreskripsikan
oleh pengamal homeopati. Kalau ada persamaan pun, maka ia hanya boleh
disamakan dengan penawar homeopati
dalam potensi Q, iaitu potensi yang jarang digunakan dalam homeopati. Adapun
faktor-faktor yang membawa kepada pemilihan penawar boleh dikesan
daripada simptom-simptom,
sebab-sebab ( ms 13 ) timbulnya penyakit dan
faktor miasma (miasm). Berpandukan
kepada faktor-faktor di atas sebagai asas utama dalam rawatan, seseorang yang
ingin mendapatkan penawar bagi masalah-masalah seperti demam, sakit kepala,
sembelit, asma, gastrik dan lain-lain tidak mungkin mendapat penawar yang
paling efektif tanpa rundingcara yang mendalam dan rawatan individualisasi. Menerusi konsep yang bertitik-tolak
daripada individualisasi dan runding-cara ini, barulah seorang perawat boleh
mendekati pesakit secara personal
dan menemukan penawar yang paling serasi (atau similimum). Sebagai
contohnya, kalau seorang pesakit datang mengadu pening kepala, pastinya sukar
bagi seorang pengamal homeopati klasik untuk memberikan penawar tanpa
mengambil maklumat yang lengkap mengenai pesakit dan penyakit. Hanya apabila
diketahui simptom-simptom utama seperti sakitnya berdenyut-denyut, melarat
apabila dijamah dan duduk, serta diperhatikan mukanya merah padam maka
barulah dapat diberikan penawarnya, iaitu Belladonna. Tetapi
seandainya pesakit di atas datang dengan sejarah gout, berat kepala atau
sakit di bahagian dahi, lega bila dipicit, melarat apabila bergerak dan
tersangat dahaga, Belladonna bukan
lagi penawar yang sesuai. Dalam hal
ini, penawar yang dikenali sebagai Bryonia
mungkin menjadi pilihan homoeopath
yang mengamalkan prinsip satu penawar pada satu-satu masa. Sebab-sebab
atau punca penyakit itu datang juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pemilihan penawar. Seandainya
diketahui keracunan makanan yang menyebabkan seseorang itu pening, merasa
loya dan muntah di mana perut juga mulai memulas, penawar yang sesuai untuk
pesakit itu ialah Arsenicum. Sebaliknya, apabila selepas atau semasa
menaiki kenderaan, per- ( ms 14 ) gerakannya menyebabkan rasa pening, loya dan
akan muntah, penawar Cocculus Indicus
mungkin menjadi pilihan utama. Pelbagai
penyakit akut umumnya boleh dirawat dan masa sembuhnya tidaklah lama. Tetapi
apabila penyakit akut itu tidak dapat dikesan puncanya, mengambil masa yang
lama untuk sembuh dan ia menunjukkan ciri-ciri degil dengan berulang-kali
datangnya, wajarlah pengamal homeopati
itu mengkaji dengan teliti
masalah konstitusi penyakitnya, kerana itu menunjukkan bahawa penyakitnya
sudah lama dan kronik. PENYAKIT KRONIK Dalam
homeopati, Dr. Samuel Hahnemann telahpun memperkenalkan satu konsep dan teori
mengenai penyakit kronik yang dikenali sebagai ‘miasm’. Teori miasma menerangkan tentang asal-punca penyakit
kronik yang seterusnya menyarankan supaya seseorang pengamal yang
bertindak sebagai perawat itu agar
lebih berhati-hati apabila mengaplikasikan prinsip ‘undang-undang seraksi.’
Menurut Dr. Hahnemann, terdapat tiga jenis miasma yang utama dan perlu
ditangani secara serius. Miasma
jenis pertama disebut ‘psora’. Psora mempunyai sejarah paling lama dan
dikatakan sebagai permulaan bagi semua penyakit fizikal. Orang yang mewarisi
penyakit ini selalunya berterusan menderita daripada masalah kulit dan gatal-gatal. Adalah dipercayai psora mula timbul akibat daripada penyakit
jangkitan kulit yang ditekan ke dalam semasa menerima rawatan. ‘Sifilis’
adalah nama bagi miasma jenis kedua. Dalam hal ini, virus masuk menerusi
gesekan ke atas permukaan tubuh terutamanya ke atas kemaluan semasa
bersetubuh. Punca lahirnya sifilis dikesan daripada penyakit kelamin.
Pesakit yang mengalami ( ms 15 ) sakit-sakit tulang, kemerosotan kesihatan, lemah mental, cenderung
mendapat sakit ulser yang teruk dan kesakitan yang melarat di sebelah malam
kemungkinan memberi petanda adanya pewarisan
miasm ‘sifilis’. Selain
‘psora’ dan ‘sifilis’, ada juga mereka yang menderita penyakit kronik
dikaitkan dengan miasm
‘psikosis’. Psikosis merupakan miasma
ke tiga dalam senarai teori miasma Dr. Hahnemann. Pada umumnya, pesakit
psikosis yang dikenalpasti akan menunjukkan warna dan air muka yang pudar
kepucatan, bibir yang pucat putih, mengalami anemia dan kebiasaannya ada kutil ketuat di beberapa tempat pada
tubuhnya. KEJAYAAN
DAN KEMEROSOTAN HOMEOPATI Kecemerlangan sistem perubatan
homeopati yang dibawa oleh Dr. Samuel Hahnemann telah membuahkan hasil sejak
zaman hidupnya lagi. Pada masa itu, homeopati
telahpun berkembang ke Perancis, England, Amerika Syarikat dan ke lain-lain
negara benua Eropah. Penentangan daripada para doktor alopati juga telah
berkurangan. Apabila
Dr. Samuel Hahnemann meninggal dunia pada 2 Julai tahun 1843, penemuan-penemuan baru dalam
perubatan konvensional mula menempah
sejarah. Di samping itu, tekanan terhadap kebangkitan homeopati masih tidak
reda. Ini terbukti apabila kemampuan homeopati memberikan rawatan yang
selamat dan kejayaannya merawat Kolera, wabak yang menyerang Eropah pada
tahun 1831 dipendamkan daripada umum. Namun
homeopati terus dikembangkan lebih jauh lagi sehingga ke benua Afrika dan
Asia. Malah ada di antara negara-negara tersebut yang membenar dan menggalakkan penubuhan ( ms 16 ) sekolah-sekolah, persatuan-persatuan dan
hospital-hospital homeopati. Di
samping pertentangan yang berterusan daripada alopati, penemuan apa yang
disebutkan sebagai ‘miracle drugs’ telah mengelabui dunia.
Apabila ubat anti-bakteria pertama ditemui pada tahun 1909 oleh Paul Ehrlic
sehingga kepada penemuan penicillin
oleh Alexander Fleming pada tahun 1928, sedikit demi sedikit para doktor perubatan beralih daripada kekaguman
mereka terhadap homeopati dan membiarkannya tenggelam dalam arus perkembangan
zaman. Perkembangan
baru ini ditambah pula dengan keretakan yang semakin membesar berkaitan
dengan idea-idea metafizik dan teori ‘psora’ Dr. Hahnemann. Tidak semua homoeopath dapat menerima teori
tersebut dan isu berkenaan boleh dipergunakan untuk memperkecilkan homeopati.
Perselisihan itu berlaku apabila mazhab homeopati Inggeris yang percaya
kepada simptom-simptom patologi dan modaliti sebagai lebih utama dan penting
daripada simptom-simptom metafizik, menolak teori Dr. Hahnemann yang
diperkenalkan di akhir sumbangannya kepada dunia. Sedangkan pada waktu yang
sama, mazhab homeopati Amerika Syarikat telah meletakkan preskripsi
konstitusional di paras yang tinggi dan lantas mengutamakan potensi tinggi
dalam rawatan pesakitnya. Patut
juga disebut, kurangnya usaha membuat kajian-kajian terbaru dalam bidang
homeopati turut membantut pertumbuhannya. Homeopati telah gagal mengikuti
kemajuan sains dan perubatan semasa dengan semangat pertandingan dan
pemodenan. Walhal syarikat-syarikat gergasi multinasional sentiasa
mencurahkan wang yang tak terhingga banyaknya dalam kajian dan pembangunan
perubatan moden. Justeru itu, perkembangan homeopati secara ‘low profile’ adalah suatu hal yang
boleh dijangkakan. ( ms 17) PERKEMBANGAN MUTAKHIRKesedaran dan minat dunia untuk
kembali ke pangkuan homeopati merupakan fenomenon terbaru dan bermula hanya
di tahun-tahun 1970an. Antara faktor-faktor yang membawa kepada perubahan ini
ialah: ·
kesedaran yang meningkat di kalangan masyarakat
terhadap keupayaan ubat-ubat alopati, ketagihan dan kesan sampingannya; ·
kemunculan penyakit-penyakit baru yang menambahkan
jumlah penyakit yang tidak dapat ditangani;
·
kos ubat-ubatan dan rawatan konvensional yang
semakin meningkat; ·
keprihatinan masyarakat terhadap pemakanan, latihan
jasmani dan pencegahan; ·
penggunaan binatang dalam kajian dan penyelidikan perubatan moden; ·
kecenderungan masyarakat kembali kepada kesihatan
tabii; dan ·
keinginan individu kepada perhatian dan mendapat
rawatan secara holistik. Dengan
kesedaran itu, tepatlah seperti kata-kata yang pernah disebutkan oleh Dr.
Hahnemann tentang tugas seorang perawat, iaitu: “setinggi-tinggi dan
satu-satunya tugas seorang doktor itu ialah mengembalikan orang-orang yang
sakit kepada sihat.” Sementelah
itu, sikap bergantung-harap kepada hanya satu sistem rawatan atau berputus
asa apabila ilmu yang dimiliki oleh seseorang doktor, tabib, bomoh atau
pengamalnya itu tidak dapat ( ms 18 )
menyembuhkan satu-satu penyakit - merupakan suatu pegangan yang tidak tepat. Justeru
RasuluLlah s.a.w. turut bersabda: “Berubatlah kamu, kerana Allah tidak
menaruh sesuatu penyakit melainkan menyediakan ubatnya, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua.” <Atas> --------- o --------- Hakcipta 1999 (CD Copyright 2005) Ó Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD
|
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||||
|
|
|
|